Padi SRI Selangor : Kisah UNSER SRI di Sungai Leman, Selangor

Padi SRI Selangor : Kisah UNSER SRI di Sungai Leman, Selangor

Padi SRI Selangor : Kisah UNSER SRI di Sg Leman, Selangor

Padi SRI Selangor : UNSER SRI di Sg Leman, Selangor

Tatapilah wajah gembira keluarga Encik Rosli Kasman, Puan Sharifah Normah Syed Mohamad Tambeh, dan Hairuddin Rosli. Wahidah menelepon saya supaya datang berhari raya ke rumah Encik Rosli.

“Cepat Mak Tam. Makan pecal sedap,” gesanya dalam telepon.

“Ok.. Ok.. Ni nak datang dah ni,” jawab saya kerana kami telah pun sampai di petak demo SRI di Parit 9, Sg Leman.

Sampai saja kami di sana, kami disambut mesra oleh Encik Rosli dan Puan Syarifah.

“Mak Tam. Tengok tu. Saya tanya kat Encik Rosli sapa punya kereta tu, dia jawab itulah UNSER SRI!” kata Wahidah sambil jarinya menuding ke arah kereta UNSER biru tua.

“Anak saya yang punya,” sambut Encik Rosli.

“Anaknya baru 21 tahun Mak Tam,” jawab Wahidah.

Esh.. seronoknya kami berdua mendengar berita terbaru ini. Encik Rosli menyatakan bahawa sekarang ini anaknya Udin membuat sendiri semua baja SRI. Dan ini telah dapat mengurangkan kos yang banyak untuk padi (3 keping – 9 ekar) dan juga sayur (6 ekar). Kos racun dan baja kimia diturunkan 50%.

Padi SRI Selangor : Udin Pemilik UNSER SRI dan Baja SRInya

Padi SRI Selangor : Udin Pemilik UNSER SRI dan Baja SRInya

Mendengar itu, terus sahaja kami minta ditunjukkan baja-baja SRI yang dibuat sendiri. Kami dibawa ke belakang rumah dan ditunjukkan sebuah rak kayu yang penuh dengan pelbagai jenis ramuan SRI, dan tong-tong biru yang berisi baja SRI.

Udin menanam kacang dan timun dan sejak 5 bulan yang lalu menggunakan baja yang dibuatnya sendiri di kebun sayurnya seluas 3 ekar. Semenjak dia menggunakan baja SRI di kebunnya, pokok kurang serangan perosak dan penyakit. Pokok juga segar dan mengeluarkan hasil lebih lama dan semestinyalah lebih banyak. Dia menceritakan bahawa tempoh pengutipan hasil menjadi lebih lama iaitu tambahan 2 minggu lebih dari biasa.

Bila saya tanyakan pendapatan bersih sebulan, Udin menjawab dia dapat RM 2000 lebih sikit sebelum ini, tetapi setelah menggunakan baja buatan sendiri, pendapatan bulanannya RM3000. Sebab itu lah dia berani ambil UNSER tu. Bayar pendahuluan RM10,000 dan bulanan RM 400. Wang pendahuluan adalah duit jual sayurnya yang diberi baja SRI. Dia yakin tiada masalah untuk melunaskan bayaran bulanan dengan penjimatan kerana tidak perlu membeli racun dan baja foliar lagi.

Padi SRI Selangor : Haruan SRI

Padi SRI Selangor : Ikan-ikan SRI

Bukan itu sahaja, Puan Syarifah tidak jemu-jemu menceritakan hal ikan haruan, keli dan sepat yang beliau jumpa dalam parit di kawasan sawah dan sayuran yang mengguna baja SRI.

“Besar ikannya Pak Tam,” kata Encik Rosli sambil memegang lengannya.

“Kami boleh jual ikan-ikan tu sebab terlalu banyak untuk makan saja. Kat sawah kami dapat jual RM150, dan kat parit tepi kebun sayur tu kami dapat RM150 lagi. Dapat duit free je Mak Tam,” ujar Puan Syarifah sambil bibirnya mengukir senyum puas.

“Seronok dapat banyak ikan, Mak Tam!” kata Puan Syarifah lagi.

“Rasa Mak Tam dulu bila kita sembur racun kat sawah dan kebun, anak-anak ikan banyak yang mati. Sekarang dah kurang guna racun, peluang anak-anak ikan hidup dan terus membesar adalah tinggi,” dengan penuh perasaan Mak Tam berhujah.

Alangkah indahnya jika lebih ramai petani menggunakan ramuan baja SRI yang dibuat sendiri ini. Sudah tentunya boleh buat Pesta Haruan SRI di Sg Leman, Selangor. InsyaAllah.. Ada jalannya…  Amin..

Advertisements

One comment on “Padi SRI Selangor : Kisah UNSER SRI di Sungai Leman, Selangor

  1. Pingback: Padi SRI Selangor : Berkongsi Maklumat Bersama Petani « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s