Padi SRI Selangor : Hari Menanam Padi SRI di Parit 9, Sg Leman

Padi SRI Selangor : Hari Menanam Padi SRI di Parit 9, Sg Leman (6 Sep, 2011)

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memeriksa Pereputan Jerami

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memeriksa Pereputan Jerami

Setiap kali kami turun ke Parit 9, Sg Leman, kami akan singgah di tanah yang kan dibuat petak pemerhatian padi SRI pada musim ini. Pak Tam teruja setiap kali melihat jerami semakin hilang, dan yang tinggal hanya tanah yang peroi.

‘Mak hang, mai tangkap gambaq ni,’ katanya. (sigh.. dulu masa baru kawin panggil adinda. Sekarang ni dah upgrade kepada Mak hang pulak : )

Jadi pada 5 Sep, 2011, iaitu sehari sebelum hari menanam, kami dah standby kat Parit 9. Semasa kami sampai, ternampak trektor sedang membajak. Tanah agak kering jadi Man terpaksa pinjam pam untuk tambahkan air dalam sawah. Dapat terasa ‘excitement’ untuk menanam padi – bukan apa, kerana kebanyakan mereka adalah petani yang bertanam sayuran di kawasan gambut. Ini yang unik mengenai petak SRI pada kali ini. Malam tu kami tidur di hotel di Sekinchan.

Pada pagi 6 Sep, 2011, saya menerima panggilan daripada Ahajani.

“Mak Tam tak datang ke hari ni?” tanyanya.

“Dah nak sampai dah,” jawab saya.

“Oo.. ok dah nampak dah,” kata Ahajani apabila nampak kereta kami tiba.

Sila lihat video hari menanam padi SRI oleh rakan-rakan dari PPL SRI, Parit 9, Sg Leman pada hari ini. Satu hari yang penuh kebanggaan dan harapan.

Tak lama kemudian saudara Azmir sampai. Seperti biasa, terus saja tukar pakaian untuk turun menanam. Syabas Wira SRI. The future of SRI is in your hands.

Terima kasih TS Talib serta rakan PLKP SRI. Kunjungan kalian membuat saya rasa teramat bertuah mendapat rakan-rakan SRI yang dedikasi dan komited. Saya meluahkan impian saya mengenai mekanisasi yang mampu membantu SRI untuk berkembang.

“Impian saya adalah untuk melihat mesin transplanter mampu membuat penanaman menepati keperluan SRI. Sepuluh hari kemudian, implementnya diganti dengan alat melandak, yang mampu membuat penggemburan dan aerasi tanah sebanyak 4 kali, iaitu pada hari ke- 10, 20, 30 dan 40 lepas tanam. Saya yakin ia boleh dibuat.”

Saya terus merenung rakan-rakan PLKP SRI. Pastinya malam ini mereka akan dilamun lakaran design pelbagai implement yang sesuai untuk SRI. InsyaAllah.. Amin..

Advertisements

12 comments on “Padi SRI Selangor : Hari Menanam Padi SRI di Parit 9, Sg Leman

    • Wa’alaikumusalam. Saya akan berada di Kedah pada 29 Sep ni.
      29 September 2011, Jam 2.30 ptg di Pejabat Kawasan, Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan, Alor Setar Kedah. H/p: 019-5405826 Tel: 04-7335785
      Kalau nak jumpa, boleh lah berjumpa pada hari itu, sambil mendengar penerangan. Mak Tam

  1. pak tam rumah acik azmi pun baru jew tanam padi seri…
    hari khamis tadi…
    pak tam boleh la datang melawat…
    semoga padi seri parit 9 subur dan cantik…amin…

  2. as’salam..puan saya berminat untuk menanam padi secara SRI..di kedah…klau saya tanam padi jenis veriati mr276 boleh x digunakan teknik ini….

    • Syabas Azhar ingin mencuba penanaman cara SRI. Jenis padi tidak menjadi halangan. Yang mana pun boleh. Yang mustahak cara pengurusan tanaman padi.

    • Pak Tam & Mak Tam akan berada di BERNAS, Sg Baru, Jalan ke Kangar pada pagi 15 Sep, 2011 ni. Depa nak menuai. Kalau dekat, mai la jumpa. Mungkin boleh bertukar fikiran dan ilmu. Nanti kenalkan diri kepada kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s