Padi SRI Selangor : Mikrob Tanah Sebagai Kilang Makanan Tumbuhan

Padi SRI Selangor : Mikrob Tanah Sebagai Kilang Makanan Tumbuhan

Padi SRI Selanngor : Encik Razak Dengan Baja SRI Buatan Petani Pt9, Sg Leman

Padi SRI Selanngor : Encik Razak (Pak Jak) Dengan Produk SRI Buatan Petani Pt9, Sg Leman (Produk SRI yang 100% semulajadi yang diguna oleh saudara Abdul Razak Chik)

Saya teruja dengan apa yang berlaku semenjak berita mengenai padi SRI dihebahkan kepada ketua kampong, ketua tani dan pegawai-pegawai kerajaan di Dewan Hotel De Palma pada Mei, 2011 tempoh hari. Rasa amat bersyukur kerana penerimaan ramai dari kalangan mereka adalah pada titik positif, dan ingin tahu lebih mendalam mengenai SRI. Apa pun, saya menyerahkan pembangunannya kepada rakan-rakan warga tani untuk mengorak langkah innovasi penanamannya. Petani padi di Selangor adalah pejuang – mereka membara dengan keinginan untuk mencari yang terbaik, dan sentiasa dihadapan apabila membuat perubahan.

Semasa sesi perbincangan di persidangan SRI tempoh hari, seorang Profesor dari UPM telah bangun menyatakan pendapatnya. Sebagai pengakhir kata, beliau menyatakan bahawa penanaman secara organik tidak boleh bertahan lama kerana selepas beberapa musim, kandungan nutrien dalam tanah habis, dan haruslah ditambah dengan baja N,P dan K. Begitu juga lah pendapat beberapa pegawai pertanian terutama mereka yang cenderung kepada pemeliharaan tanah.

Suatu masa dulu, saya juga berpendapat seperti itu kerana begitulah saya dilatih di universiti. Tetapi sekarang saya rasa kita perlu melihat kepada bumi anugerah Allah swt dengan kaca mata dan dorongan perasaan yang lebih halus kerana bumi ini telah wujud terlalu lama. Entahlah berapa juta tahun. Itu hanya Penciptanya yang tahu. Saintis hanya boleh buat andaian. Entah betul, entah tidak. Tapi oleh kerana mereka bergelar saintis, maka kita semua pun ikut angguk jugak lah.

Soalan Pak Aep kepada saya hampir setahun yang lalu “Mak Tam. Siapakah yang membaja hutan?” masih terdengar dalam telinga saya. Hutan dalam keseimbangan ekosistemnya tidak perlu kepada input luaran. Dari mana ia dapat makanan agar semua tumbuhan dalam hutan berdiri megah dan teguh dari zaman ke zaman? Sentiasa hijau dan segar. Boleh kah kita yang menceburi pertanian, demi mengeluarkan makanan untuk berbillion orang, berharap kepada ilmu menyontohi alam semulajadi? Saya rasa kita perlu menyungkil rahsia alam, keajaiban yang terpendam, yang sekarang ini sudah cukup matang untuk kita kupas.

Bilakah baja yang digelar N, P, dan K ini mula dibuat oleh manusia? Sejak bila pulak racun yang membunuh pelbagai makhluk Allah ini dicipta? Untuk faedah siapakah agrokimia ini semua? Adakah untuk petani atau untuk conglomerate menjadi kaya raya dari keringat dan kesengsaraan petani?

Hayatilah video dibawah ini untuk mengetahui apa sebenarnya makanan yang diperlukan oleh tumbuhan. Ianya telah disediakan oleh Penciptanya dalam tanah yang subur dengan perbagai mikrob dengan tugas-tugas hakiki mereka. Mungkinkah kita mendapat manfaat dari berzillion mikrob bertasbih kepada Pencipta mereka? Saya yakin, kita sudah tentu menikmati berkatnya. Cuba tanya Wahidah, Talib, Abuzar, Azhari, Hashim, Encik Razak Chik, Ahajani, Rahman, Encik Rosli dan isterinya, dan semua yang cenderung kepada SRI. Tanya Salbiah, Nurul, Salleh, Hairi, Encik Toif, dan mereka-mereka yang lain. Tanya apa yang mereka rasai. Hanya yang melaluinya sahaja akan merasakan kelapangan perasaan dan rezeki datang bergolek. Saya yakin itu semua datangnya daripada keberkatan dan rahmat Yang Maha Agung Pencipta Sekelian Alam.  Wallahu’alam. Fikir-fikirkan lah. Amin.

“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.”  Surah An-Nur – ayat 41

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s