Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Dicuba Di Tanah Encik Toif, Sawah Sempadan pada 25 Julai, 2011

Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Dicuba Di Tanah Encik Toif, Sawah Sempadan pada 25 Julai, 2011

Padi SRI Selangor :  Latihan Membuat Baja dan Penghindar Natural Farming

Padi SRI Selangor : Latihan Membuat Baja dan Penghindar Natural Farming

Hari Isnin 25 Julai, 2011 dimulai dengan Pak Tam, Mak Tam dan Wahidah memberi latihan membuat baja dan penghindar SRI untuk rakan-rakan di PLKP, Tg Karang.  Empat orang dari kalangan rakan-rakan PLKP terlibat dalam aktiviti persawahan. Harapan kami adalah agar mereka dapat memulakan pembuatan sendiri baja dan penghindar ini dan menggunanya terus kepada padi mereka. Semoga mereka dapat faedah dari ini, dan seterusnya, dapat menjadi contoh kepada petani disekitar sawah mereka nanti.

Padi SRI Selangor : Rakan PLKP Memberi Perhatian

Padi SRI Selangor : Rakan PLKP Memberi Perhatian

Pada sebelah petangnya, kami bersama Talib dan rakan-rakan menjurus ke tanah Encik Toif di Blok W, Sawah Sempadan. Hati kami berdebar-debar kerana pada hari ini Encik Toif seharusnya telah mula melandak. Semasa kami sampai, kami dapati sawah telah pun dinaikkan air untuk melembutkan tanah sebelum kerja melandak dibuat.

Saya terus menelefon Encik Toif. Anaknya Siti menjawab dan memberitahu dia dan ayah nya berada di Ipoh untuk memberi barang untuk lori mereka. Setelah Pak Tam gagal mencari abang kepada Siti, kami mengambil keputusan untuk mencuba mesin melandak yang diubahsuai oleh Talib dan rakan-rakan.

Wahidah bertepuk tangan sambil berlari-lari anak untuk melihat Talib menggunakan mesin melandak untuk kali pertama di sawah semasa anak padi berumur 10 hari. Pak Tam yang mulanya nampak terpegun bersorak riang, ‘wooo.. hooi.. orait Lib, orait..’ Saya berjalan atas batas sambil memegang kamera dan hampir tergelincir ke dalam parit. Tapi kalau jatuh parit pun saya rasa berbaloi. Kami telah dapat satu mesin yang boleh menjalankan kerja melandak dengan lebih senang dan lebih cepat. Sekarang kena buat ‘sling’ bahu yang boleh menampung berat mesin, agar operator boleh menggunakan tangan untuk kawal perjalanan mesin dengan lebih tepat. YES! Go Padi SRI Selangor. Go PLKP SRI, Go PPL SRI.. GO, Go. Go…  😀  Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s