SRI-Mas : Prof Dr Iswandi Anas

SRI-Mas : Prof Dr Iswandi Anas – Peranan Mikrob Dalam Pertanian Ekologi dan SRI


.
Ringkasan

Role of Soil Microrganisms In Ecological Agriculture and System of Rice Intensification (SRI)

Telah membuat kajian selama 3 tahun mengenai SRI.

Di Indonesia menggunakan banyak sekali input agrokimia seperti baja dan racun (pesticide).

Tapi kita berikan hanya NPK, padahal tanaman perlukan 16 unsur tanah.

Tiada tambahan organic matter sudah hampir 30 ke 40 tahun, jadi tanah di Indonesia kebanyakan telah rosak.

Tentu saja terjadi penurunan hasil, soil degradation, environmental pollution, dan outbreak dari pests dan diseases.

Kita mengatakan bahawa organic matter itu sangat penting.

Bahan organik itu adalah the ‘SOUL of the soil’, iaitu ‘NYAWAnya tanah’. Kerana ia memperbaiki sifat fizik, sifat kimia, dan sifat biologi tanah

Kalau bahan organiknya sudah kurang, bererti tanahnya sudah mula sakit, dan jika kurang sekali, bererti tanah sudah mati.

Telah jalankan promosi untuk tambah bahan organik, hingga ketahap pemerintah tertinggi, tetapi tidak meninggalkan kesan. Seperti kita teriak di pasar, tetapi tidak ada orang mendengar.

Kerana NPK masih sangat murah dan di subsidi.

Political decision belum begitu strong, tapi sudah ‘aware’ pasal organic matter.

Cara menanam padi yang biasa dilakukan di Indonesia.
– transplant atau tanam sampai 10 – 12 anak benih,
– benih tua berumur 25 – 30 hari,
– benih itu kita seksa, akarnya kita cabut, bagi rosak,
– kemudian daun atasnya dipotong, dan dilemparkan,
– dan kita tanam dalam, hingga perlu lebih daripada 15 hari untuk tumbuh kembali.

Beza dengan SRI.
– kita bekalkan air secukunya saja, tanaman padi tidak perlu flooded condition (genangan air),
– anak benih tanam satu, boleh lah dua,
– guna anak benih muda diantara 8 hingga 12 hari,
– jarak tanaman bergantung kepada tahap kesuburan tanah, iaitu dari 25cm x 25 cm hingga 30 cm x 30 cm.
– penggunaan bajanya boleh npk sahaja, tapi saya tidak menganjurkan, juga boleh mix npk & organik, juga tidak saya anjurkan, atau 100% organik fertiliser yang mana formulasinya baik dan bahannya cukup.

SRI Indonesia bermakna Gadis Cantik, tapi saya nak tunjukkan, dalam SRI, padinya yang cantik.
– dari satu anak benih boleh sampai tumbuh 100 hingga 150 anak.
– cuba lihat akarnya.

Mak dan Pak Tam SRI telah ada di sini. Kelmarin kami melihat padinya, wah bagus, tidak kurang dari 7 tan jangkaan saya.

Beberapa hari lagi akan panen, jadi masih ada kesempatan untuk lihat sendiri di Sekinchan (Nota: sawah adalah di Parit 4, Sg Burong, berhampiran dengan Sekinchan).

Apa yang beliau lakukan di sini saya sangat appreciate bagaimana jerami itu dikembalikan (ke tanah), tapi dia hancurkan dulu, buat jerami jadi sangat kecil. Ini satu hal yang kami tidak (buat), kami ingin belajar dari Mak Tam dan Pak Tam.

Ok. Saya appreciate kawan-kawan yang lain, Dr Anizan, Pak Rohaizat, Haji Anuar yang sedang mempromote SRI. Begitu juga kawan-kawan yang lain.

Cuba bayangkan kalau seandainya Felcra yang punya tanah seluas lima, enam ribu hektar. Boleh dimulakan dengan 100 hektar, kemudian 500 hektar, esoknya langsung 5000 hektar. Wah..

Beberapa keuntungan daripada SRI
– bisa organik, atau mix organik,
– bagaimana weeding? Flooded condition untuk kawal weed. Boleh dikawal dengan weeding berjadual iaitu merumput sambil melakukan aerasi tanah, dengan diadaptasi dengan lingkungan atau keadaan setempat.

Sangat penting dalam SRI adalah bagaimana memberian air di sawah
– air dipenuhkan di dalam parit keliling sahaja,
– air boleh dinaikkan bagi tujuan membuat weeding, iaitu bagi memudahkan kerja kita.

Selama 3 tahun, saya serta mahasiswa saya mempelajari berbagai aspek berkaitan dengan mikrob, greenhouse gas terutama methane emission, N2 emission from rice field.

Jadi bukan saja hasil, produksi, tetapi kami lihat apa yang terjadi di dalam tanah itu sendiri kerana dulunya tanah tergenang, tetapi sekarang tanahnya cukup moist sahaja. Ini sesuatu yang menarik.

– pH soil itu bisa meningkat,
– pengeluaran methane gas bisa ditekan sampai 40% dalam SRI,
– hasil boleh meningkat,
– populasi mikrob juga meningkat, Aspergillus, Azotobacter, phosphorus solubilising juga meningkat. Terbukti ada peningkatan beneficial soil microbes.
– petani juga boleh menambahkan mikrob dengan menggunakan MOL (micro organisma lokal),
– akar tanaman konvensional nampak gelap dan pendek, akar tanaman SRI akarnya cerah dan segar sekali, serta panjang,
– cross-section tanaman padi menunjukkan yang konvensional ada ruang, tetapi bagi tanaman SRI, padat sekali,
– mencuba bio-organik fertiliser yang mana baja organik diperkuatkan dengan beneficial microbes, dan hasilnya sangat menggembirakan.
– kajian menunjukkan tanaman SRI nutrient uptakenya lebih bagus.

Conclusion

SRI is work-in-progress, need research,
SRI is not everything, but surely a good alternative,
SRI mula dengan mudah-mudah dahulu.

Advertisements

One comment on “SRI-Mas : Prof Dr Iswandi Anas

  1. Pingback: Padi SRI Selangor: Ilmu SRI Mencetus Paradigma Baru « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s