Padi SRI Selangor : Hari Menuai di Tanah Raja, Parit 4, Sg Burong pada 11 Julai, 2011

Padi SRI Selangor : Hari Menuai di Tanah Raja, Parit 4, Sg Burong pada 11 Julai, 2011

Satu hari yang amat menggembirakan. Selepas 4 bulan memendam harapan, akhirnya pada 11 Julai, 2011 tercapai. Pada paginya mesin menuai menghadapi masalah teknikal. Entah mana silapnya, ia tidak berfungsi baik. Alhamdulillah, berkat usaha pakar-pakar kejenteraan, ia berjalan semula.

Padi SRI Selangor : Strip Harvesting

Padi SRI Selangor : Strip Harvesting

Sepanjang hari, saat yang paling menggembirakan ialah semasa mendapat hasil ‘strip harvest’. Pak Tam telah merancang untuk mengetahui jika diambil hasil padi sebanyak 300 pokok pada lorong padi yang berasingan, berapakah perbezaannya hasilnya. Ini adalah kerana tanah tersebut tidak rata dan kawasan berhampiran rumah lebih tinggi, dan pada satu bulan sebelum tuai, sawah dalam keadaan kekurangan air.

Setiap lorong yang dituai mempunyai 300 rumpun. Jadi pada permulaannya, lorong pertama adalah yang paling hampir dengan rumah. Kemudian terus dimasukkan padi ke dalam guni dan ditimbang. Ah! 16.6 kg kata Pak Tam. Kemudian lorong kedua, ketiga dan keempat, hanya 14.2 kg, 14 kg, dan 15.4 kg setiap lorong.

Padi SRI Selangor : Hasil Padi 'Strip Harvesting' Yang Terakhir

Padi SRI Selangor : Hasil Padi 'Strip Harvesting' Yang Terakhir

Sampai ke lorong kelima, dan setelah ditimbang, saya dengar pekikan mereka yang disekeliling alat penimbang. Yes! 18.4 kg. Mulalah dengar ada orang nak hadiahkan jagung untuk tekaan yang tepat untuk lorong seterusnya. Adui.. yang seterusnya iaitu yang keenam dan ketujuh jatuh balik iaitu 15 kg dan 14.6 kg.

Kemudian sampailah yang kelapan. Wah! naik balik ke 18.2 kg. Semua orang berkerumun untuk timbangan terakhir. Jeng.. Jeng.. Jeng… Timbangan yang kesembilan adalah……..  adalah…… adalah…… Semua orang menjerit kesukaan. Lihatlah buktinya dimana alat penimbang yang timbang maksimumnya adalah 20 kg, terlajak mata menunjuk melewati 20 kg. Kemudian padi dibahagi kepada dua karung guni, ditimbang berasingan dan memberikan berat sebanyak 22.8 kg. YES! Tengok saja senyum gembira Talib, Wahidah dan Pak Tam. Terima kasih banyak rakan-rakan PLKP SRI. You are the best!

Padi SRI Selangor : Apa Yang Menggembirakan Mereka?

Padi SRI Selangor : Apa Yang Menggembirakan Mereka?

Lorong         Kg padi/300 rumpun          Anggaran Tan/hektar

1                            16.6                                                 5.81

2                            14.2                                                 4.97

3                            14.0                                                 4.90

4                            15.4                                                 5.39

5                            18.4                                                 6.44

6                            15.0                                                5.25

7                            14.6                                                5.11

8                            18.2                                                6.37

9                            22.8                                                7.80

(Andaian: Pak Tam kata ambil hanya 105,000 rumpun dalam sehektar.  YES! Tanpa agrokimia.) (** Klik dan baca analisa Saudara Azmir di sini.)

Raja tersenyum melihat keletah orang-orang yang bersorak gembira. Bila saya tanya kepadanya, cool aje dia jawab, “Situ cukup air dan banyak tahi lembu. Itu pasal hasil tinggi.” Jadi kita akan tunggu laporan daripada Dr Rosenani Abu Bakar dari UPM dan Dr Anizan dari UKM.  😀

Dapat panggilan telepon dari Raja menyatakan hasil sebenar yang ditimbang bagi keluasan 0.3417 hek adalah 1330 kg.  Ini memberi hasil sebenar sebagai 3.892 ton sehektar. Ini tidak termasuk padi yang dibawa ke persidangan, padi yang dibawa ke makmal UPM dan UKM, serta padi yang tertinggal atas canvas setelah dikeluarkan dari tersekat di mesin jentuai. Walaubagaimana pun, saya rasa lega kerana pada musim sebelumnya, hasil di sawah tersebut adalah 1.2 tan dengan tanaman cara konvensional, iaitu dengan penggunaan agrokimia. Dengan cara SRI, musim seterusnya akan memberi peningkatan bilangan anak yang lebih banyak dan diikuti hasil yang lebih tinggi. Insyaallah, masa dan usaha akan membuktikan. Amin.

Advertisements

2 comments on “Padi SRI Selangor : Hari Menuai di Tanah Raja, Parit 4, Sg Burong pada 11 Julai, 2011

  1. Dear Sir,
    We are in the natural Neem based Bio pesticide business.
    We are looking for interested parties to to be our equity partner and distributor of our products. Fully organic, non-toxic, eco friendly etc.
    Very effective control on padi pest,fungus, repels rats and soil conditioner,
    Foreign technology, Pls contact for more details: hitechprogress@yahoo.com or call 016-2718458 (V.R.Nathan)

    • Dear Sir,

      Thank you for contacting us. Would like to hear more about your product. Here is my email salehuddinhy at gmail dot com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s