SRI Mas : Pak Tam dan Mak Tam

SRI Mas : Pak Tam dan Mak Tam

Gambar ini diambil oleh Prof Iswandi Anas. Eh.. selama ini tak berpeluang dan tak teringat pulak nak posing macam ni. Bila dah ada gambar begini, seronok pulak menengok sebagai kenangan. Pak Tam hero Mak Tam yang sentiasa memberi sokongan tanpa had. Pak Tam menghayati jiwa Mak Tam, walau pun kadang-kadang Mak Tam tak peka kepada perasaan sendiri. Terima kasih Pak Tam kerana menjadi dahan tempat bergantung, dan menjadi pohon tempat bersandar.

“Anak ketam jalan mengiring,

Jalan mengiring berpasang-pasang;

Sehidup berteman sama seiring,

Bersama Pak Tam bersusah senang.”

Di hadapan kami adalah serumpun pokok padi MR219 yang ditanam cara SRI. Bilangan anak yang mengeluarkan tangkai padi adalah lebihkurang 40. Pokok ini di keluarkan untuk dibawa ke persidangan kebangsaan pertama SRI di Putrajaya. Alhamdulillah ada contoh yang boleh dibawa sebagai bukti pokok padi ditanam secara SRI memberi ekspresi yang berlainan dari biasa.

Padi MR219 dibiak untuk mengeluarkan sedikit anak kerana ia lebih bertujuan untuk ditanam secara tabur. Jadi jika ia keluar dalam 2 atau 3 anak sahaja sudah mencukupi kerana cara tabur terus pokok padi tumbuh rapat. Tetapi apabila padi MR219 di tanam secara SRI, iaitu dengan jarak 30 cm x 30 cm, serta ditanam cetek, ia menjadikan pokok tumbuh seolah pokok serai. Beranak banyak dan kembang.

Sekarang nak bertolak ke Parit 4, Sg Burong untuk menuai padi di tanah saudara Raja. Nanti saya ceritakan lagi..  Jumpa di sana.. di sana.. di sana….

Padi SRI Selangor : Pak Tam dan Mak Tam

Padi SRI Selangor : Pak Tam dan Mak Tam dan padi MR219 SRI Musim 1/2011

Advertisements

2 comments on “SRI Mas : Pak Tam dan Mak Tam

  1. Assalamualaikum,
    Saya teruja selepas seminar di IOI tempohari, w/pun telah maklum dgn NF setelah direalisasikan dalam penanaman padi ini saya telah bercerita dengan staff dan Usahawan di tempat saya. Usahawan ini terus berminat dan sedia untuk mencubanya dalam 10 ekar.
    Boleh bantu saya bagaimana nak mula…saya perlu sokongan Mak Tam dan gagasan SRI. T.kasih

    • Waalaikumsalam. Norihan dimana? Usahawan ingin guna NF di atas tanaman padi, ke? atau pun ingin mencuba penanaman cara SRI? Sila berhubung melalui facebook di ‘Padi SRI Selangor’ supaya mudah berinteraksi. Jumpa di sana. Kalau Mak Tam lambat jawab, harap maaf, sebab dalam minggu ini agak penuh program.

      Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s