Padi SRI Selangor : Prof Dr Norman Uphoff Di Tanah Raja, Parit 4, Sg Burong

Padi SRI Selangor : Prof Dr Norman Uphoff Di Tanah Raja, Parit 4, Sg Burong (4 Julai, 2011)

Padi SRI Selangor : Pak Tam Briefing Prof Dr Norman Uphoff At Raja's Field

Padi SRI Selangor : Pak Tam Briefing Prof Dr Norman Uphoff At Raja's Field

Pak Tam dan saya tunggu rombongan kereta FTC tiba. Sebaik sahaja Pak Deri turun daripada keretanya, terus saja dia berkata dengan penuh animasi, “Mak Tam. Kalau macam ini 6 tan sudah ada”. Pak Deri terus pergi ke satu rumpun padi dan mula mengira anak padi yang mengeluarkan tangkai. Satu, dua,…., lima-puluh sembilan, enam-puluh. Prof Iswandi Anas dan Pak Ahmad Jatika tersenyum sambil memerhatikan Pak Deri dan Tuan Hj Rohaizat Ahmad yang juga sedang membilang disebelah Pak Deri. Lucy Fisher dari CIIFAD, Cornell University asyik memerhatikan keletah pejuang-pejuang SRI Malaysia dan Indonesia sambil mengambil gambar.

Padi SRI Selangor : Pak Deri Membilang Anak Padi Yang Mengeluarkan Tangkai

Padi SRI Selangor : Pak Deri Membilang Anak Padi Yang Mengeluarkan Tangkai

Pak Deri tidak sabar lagi untuk memberitahu semua rakan yang ada, “Enam-puluh ini. Sudah bagus untuk kali pertama ditanam cara SRI!” sambil senyum melerek kerana beliau merupakan salah seorang guru SRI kepada Pak Tam dan Mak Tam. Sukanya adalah kerana anak muridnya berjaya merealisasikan aspirasi pejuang-pejuang SRI. Maha suci Pencipta alam semesta ini.

Pak Tam menerangkan bahawa di sawah saudara Raja ini, kaedah SRI dapat di tepati kurang daripada 70%. Kami sedang berunding dengan Raja agar musim akan datang ini, kami berhajat untuk menyewa tanahnya. Alhamdulillah, Raja sudah pun bersetuju. Raja juga bersetuju untuk membantu sedikit sebanyak pengurusan di sawahnya, terutama untuk mengepamkan air. Kami rasa sangat bertuah di atas kesudiannya. Cuma sayangnya, Raja tidak dapat bersama kami semua pada hari tersebut.

Selepas itu, sesi bergambar dengan sawah celebriti bermula. Yang berbagai aksi. Lihat saja di bawah ini. Untuk membuat perbandingan diantara saiz rumpun padi SRI dan padi tanaman konvensionel sahaja berbagai posing dibuat, sehinggakan Mak Tam pun dapat bermisaikan daun padi SRI. Lihat sahaja gambar di bawah ini  😀

Padi SRI Selangor : Perbandingan Saiz Rumpun Padi SRI dan Padi Ditanam Cara Konvensional

Padi SRI Selangor : Perbandingan Saiz Rumpun Padi SRI dan Padi Ditanam Cara Konvensional. Keduanya rumpun ini adalah varieti MR 219.

Esok, Isnin, 11 Julai, 2011 jam 11 pagi, padi SRI ini akan dituai. Soalan yang paling banyak Mak Tam dan Pak Tam terima adalah berapa tan kah hasilnya. Kami tidak yakin dapat mengatasi hasil Raja pada musim lepas iaitu 9 tan sehektar, iaitu yang dibuat dengan menggunakan agrokimia. Ini adalah tanaman padi cara SRI yang tidak menggunakan agrokimia yang pertama di atas tanah ini. SRI memerlukan sekurang-kurangnya 3 musim untuk mendapatkan kembali kesuburan tanahnya seperti semulajadi. Insyaallah, esok kita akan tahu.

Saya sudah diberitahu Dr Anizan Isahak (UKM) dan Dr Rosenani Abu Bakar (UPM) akan buat kajian. Begitu juga Azmir. Wahidah bertungkus lumus membuat persediaan. PPL SRI akan membantu dengan kanopi. Encik Abd Lateef Omar (BERNAS) akan datang dengan team BERNAS SRI nya dan akan berada disana 2 hari jika perlu, katanya. Tuan Hj Rohaizat (FTC FELCRA) baru beritahu akan bersama. Semua mereka tidak perlu dijemput untuk datang, hanya mengetahui tarikh dan masa serta tempat sudah cukup. Itu lah kehebatan perjuangan SRI ini. Semua orang ingin memberi sokongan. JOS!  SRI-Mas. (JOS itu singkatan Jangan Omong Saja, iaitu bagi mengingatkan pejuang-pejuang SRI agar terus ‘BERTINDAK’ dan bukannya bercakap kosong sahaja. JOS! laungan semangat.  JOS! mendorong tekad.  JOS!)

Pihak Kejenteraan Jabatan Pertanian akan jadi tuan rumah untuk esok. Pak Tam dan Mak Tam akan bersama dengan besar hati dan sudah tentunya tersentuh perasaan kerana akhirnya perjuangan ini mendapat sokongan ramai. Tapi yang paling diharapkan, ialah SRI dapat dimanfaatkan oleh semua warga tani di Selangor dan seterusnya diseluruh negara. Amin. Ya Rabb hanya pada mu kami berserah. Bimbinglah dan berkatilah usaha-usaha kami untuk menjaga amanahMu.

Demonstrasi yang akan dijalankan esok adalah:

  1. Menuai padi menggunakan mini combine harvester.
  2. Menghancurkan jerami segar dengan peralatan dipanggil ‘flailing’ yang di tarik dengan traktor.
  3. Penyemburan IMO2 dan MOL kangkung ke atas jerami yang telah dihancurkan oleh alat ‘flailing’.
  4. Membajak rotor supaya jerami yang telah dirawat dengan IMO2 dan MOL kangkung tadi dimasukkan kedalam tanah semula.

Jika anda sudi, datanglah bersama kami menyaksikan demonstrasi ini.

Padi SRI Selangor : Pelan Ke Padi SRI Parit 4, Sg Burong

Padi SRI Selangor : Pelan Ke Padi SRI Parit 4, Sg Burong

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s