Padi SRI Selangor : Lawatan Prof Dr Norman Uphoff, CIIFAD, Cornell University, Ithaca, New York pada 4 Julai, 2011

Padi SRI Selangor : Petak Demo SRI Parit 9, Sg Leman (Dari kiri) Prof Iswandi, Aha Jani aka Azmi, Pak Tam, Kharul aka Amin, Pak Ahmad Jatika, Pak Deri, Prof Norman
Jam 10 pagi hari Isnin, 4 Julai, 2011 saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Hj Rohaizat FTC menyatakan beliau ingin mengambil kesempatan untuk membawa Prof Dr Norman Uphoff melawat tanah Raja. Pak Tam dan saya bergegas ke Sungai Burong, dan dalam perjalanan, telah menyarankan supaya mereka singgah di Parit 9, Sg Leman.
Memasukkan Jerami Segar Kedalam Tanah
Di Sg Leman, saudara Azmi dan Mokhtar serta rakan-rakan dari PLKP, Tg Karang telah siap. Kelihatan juga beberapa orang kampung yang turut berada di situ. Pak Tam dan saya sungguh berasa bertuah dan gembira dapat berkenalan dengan Prof Norman Uphoff dan Lucy Fisher dari CIIFAD, yang berpusat di Cornell U.
Ketokohan Prof Norman dalam SRI ini telah diiktiraf dunia. Dan bagi dirinya sendiri berada di petak demonstrasi penanaman SRI di Sg Leman adalah sangat bermakna. Pak Tam teruja kerana berpeluang menerangkan usaha-usaha mengembalikan jerami segar yang dirawat dengan IMO2 dan MOL kangkong, dibajak dan dibalikkan semula ke dalam tanah untuk proses pereputan.
Prof Norman berasa sangat teruja melihat perkembangan SRI di Selangor telah sampai ke tahap membuat inovasi dan penambahbaikan kepada persediaan tanah dengan memasukkan jerami segar ke dalamnya.
Beliau menghampiri saya sambil berkata, sambil menghenjutkan kakinya ke atas tanah, “Noor. Saya suka rasa spring pada tanah apabila saya memijatnya”.
Prof Dr Iswandi Anas juga bersama kami. Kajian beliaulah yang membukti bahawa kandungan nutrien dalam 1 tan jerami basah adalah 0.2% N, 0.2%P dan 2.0% K. Bermakna dalam setiap tan jerami basah mengandungi sebanyak 12 kg urea, 6 kg superfosfat, dan 40 kg potash. Kami berasa sungguh bertuah mendapat bimbingan mereka dalam mengharungi cabaran SRI.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Talib dan rakan-rakan PLKP SRI kerana menjayakan lawatan ini. Jazakallah…
Kumpulan PPL SRI, Sg Leman
Kemudian kami terus ke tapak Pusat Pengumpulan Ladang Parit 9. Azmi berserta beberapa rakannya sudah berada di sana. Prof Norman kagum dengan perkembangan SRI di Selangor. Beliau sangat teruja mendengar bahawa petani membayar tunai bagi pembelian mereka, bermakna petani tidak terikat. Banyak persoalan diajukan dan terjawab. Semoga PPL SRI terus maju. Jika Prof Norman datang lagi pada persidangan kebangsaan SRI kedua tahun depan, Insyaallah, PPL SRI telah pun menjadi pembekal ulung baja dan pencegah perosak Pakej SRI. Amin.
Prof Norman menandatangi buku pelawat PPL SRI sebelum menaiki kereta untuk ke Restoran Lembah Desa di Parit 11. Sayang sekali Guru Besau Wahidah tak dapat bersama di PPL SRI. Tak pe, nanti kita buat photoshop. Azmir… tolong… 😀 (psst.. boleh masuk u sekali le Azmir, ooi..).
thaks ambilkan gambar…rasa terharu Prof Norman datang berkunjung ke PPL SRI, PT 9