Padi SRI Selangor : Hari Kedua Persidangan Kebangsaan SRI

Padi SRI Selangor : Hari Kedua Persidangan Kebangsaan SRI

Hari kedua persidangan menunjukkan kepada saya bahawa sebenarnya pendokong SRI ini adalah orang-orang GILA iaitu mereka yang dalam Gerakan Insan Lestarikan Alam. Hari kedua juga sungguh berwarna warni. Sebelah paginya, persidangan berkumandang dengan gegaran nyanyian yang penuh bersemangat yang sungguh menaikkan getaran hati. Saya berbangga menjadi sebahagian daripada gerakan ini.

“Mulakan amal dengan niat,
Pastikan niat kita ikhlas;
Walaupun terasa amat penat,
Ingat! Usaha kita pasti dibalas.”

Diakhiri hari tersebut dengan pelancaran Gagasan SRI-Mas yang dinanti-nantikan oleh semua pendokong SRI. Tahniah kepada Profesor Madya Dr Anizan Isahak diatas kegigihan dan ketabahannya mengharungi pelbagai rintangan sehingga melahirkan SRI-Mas tanggal 6 Julai, 2011. Serta semua AJK dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah swt akan membalas kebaikan dengan kebaikan yang lebih baik. Amin.

SRI-Mas berhasrat untuk:

1. Memperkasakan petani dalam peningkatan penghasilan padi dan tumbuhan lain.

2. Memperkenal-mendidik pendekatan SRI berlandaskan kesedaran wujudnya perimbangan yang tuntas diantara segala makhluk dalam hunian-hunian manusia, tanaman, haiwan dan mikrobiota (kuman).

3. Menyemarak suara pengamal ilmu SRI untuk mendapat sokongan dan dokongan daripada pihak pemerintah, para pensyarah/akademik, pengamal di lapangan dan masyarakat majmuk.

4. Mengerat hubungan silaturahim pengamal SRI seluruh Malaysia, senusantara dan sedunia dengan cara ziarah-belajar.

5. Mengembang pasaran hasilan kaedah SRI melalui koperasi masyarakat.

Setelah diedarkan borang keahlian, sebanyak 150 borang diterima balik untuk menjadi ahli SRI-Mas. Rakan dan taulan SRI, saya yakin suara hati anda telah berkata. Sesungguhnya, suara hati itu yang paling murni. Ikutilah ia bersama kami yang GILA. 😀

Syabas Azmir kerana dapat mereka logo SRI-Mas yang cantik, dan juga menyiapkan video pelancaran SRI-Mas ini. Dengarnya sampai tertidur atas lantai nak menyiapkan video ini. Itu juga dinamakan perjuangan. 🙂

Dan pada akhir sekali, Prof Dr Hj Wan Mohtar Wan Yusoff telah mengiringi kunjungan Pak Lah. Pak Lah sempat melihat exhibition yang dibuat oleh pelbagai agensi terlibat, dan bergambar ramai dengan peserta persidangan.

Padi SRI Selangor : Pak Lah Diiringi Oleh Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff

Padi SRI Selangor : Pak Lah Diiringi Oleh Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s