Padi SRI Selangor : Raja dan Chitra Dari Parit 4, Sg Burong

Padi SRI Selangor : Raja dan Chitra Dari Parit 4, Sg Burong

Klik untuk tahu Ke arah Mekanisasi untuk Padi SRI Selangor – INOVASI

Pak Tam, Wahidah dan saya sampai didepan kedai runcit Raja dengan mata mencari-cari Encik Raja, ‘Silent Hero’ kami. Sawah Raja ditanah lesen Parit 4, Sg Burong telah menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin melihat sendiri padi yang ditanam mengguna kaedah SRI. Bukan itu sahaja, padi En Raja telah melihatkan potensi kaedah SRI terhadap pertumbuhan padi yang sihat, rumpun yang besar, anak yang banyak, tangkai yang panjang, biji padi yang bernas, dan potensi memberi hasil yang tinggi.

Padi SRI Selangor : Encik Raja dan Puan Chitra di Parit 4, Sg Burong

Padi SRI Selangor : Encik Raja dan Puan Chitra Teruja di Parit 4, Sg Burong

En Raja adalah seorang usahawan yang gigih. Disamping mengusahakan sawah padi, beliau juga mengusahakan kebun kelapa sawit, dan menguruskan sebuah kedai runcit. Pengetahuannya mengenai cara mengeluarkan hasil padi yang tinggi terbukti dengan mendapat hasil dalam linkungan 9 hingga 11 tan bagi setiap lot (satu lot adalah 1.2 hektar) dengan mengguna kaedah konvensyenel.

Padi SRI Selangor : Raja Menonton Video Penanaman Padi SRI Dari Tamil Nadu, India

Padi SRI Selangor : Raja Menonton Video Penanaman Padi SRI Dari Tamil Nadu, India (1 Dis, 2010)

Padi SRI Selangor : Encik Raja Meninjau Padi SRI di Sg Leman Musim 2/2010

Padi SRI Selangor : Raja Meninjau Padi SRI di Sg Leman Musim 2/2010

Tanggal 1 Disember, 2010, kami telah berjumpa dengan En Raja melalui rakan kami Encik Jamaluddin. Dalam pertemuan itu, kami telah menunjukkan kepada raja satu video berbahasa Tamil dari youtube yang menceritakan tentang penanaman padi SRI di Tamil Nadu. En Raja menyatakan bahawa beliau pernah melihat penanam cara begini dikampung isterinya di India. Kemudian kami bawa Raja melihat tanaman padi SRI di Sg Leman, dan menunjukkan kepadanya rumpun padi yang mempunyai anak lebihkurang 35 bilangannya. Raja hanya tersenyum bila diberitahu bahawa padi tersebut ditanam tanpa sebarang baja atau racun kimia. Kami menyarankan agar beliau mencuba cara SRI ini di salahsatu lot sawahnya. Raja tidak memberi keputusan pada masa itu.

Beberapa minggu berlalu, dan kami terus membuat follow-up. En Raja bersetuju membuat penanaman cara SRI disawahnya bertempat di tanah lesen Parit 4, Sg Burong. Itu lah bermulanya penanaman SRI di kawasan yang tanahnya mempunyai kandungan liat yang tinggi. Kami juga amat teruja melihat lokasi tanah yang dipilihnya, iaitu betul-betul di tepi jalan raya. Ini lokasi yang baik jika percubaan ini berjaya, dan sebaliknya jika tidak. 😀

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memperincikan Cara Pengurusan Padi SRI Kepada Raja

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memperincikan Cara Pengurusan Padi SRI Kepada Raja

Sebelum Raja memulakan penanaman, Pak Tam memberi penerangan yang rapi. Raja memberi persetujuan untuk mengikut jadual aktiviti yang diterangkan satu persatu. Walau pun Raja sibuk, tetapi beliau telah dapat mengikuti jadual aktiviti dengan baik. Walaubagaimana pun, kaedah SRI hanya dapat dipatuhi mungkin dalam lingkungan 70%. Perkara yang tidak dapat diikutinya adalah penyediaan semai secara SRI (beliau memilih untuk membeli semai khusus untuk kegunaan mesin menanam transplanter), kerja melandak tidak dapat menepati masa ditetapkan (kesulitan mendapat tenaga buruh), kawalan air pada permulaan pertumbuhan dan kekurangan air pada masa padi mula berisi. Walaubagaimana pun, lihatlah rupa tanaman padi Encik Raja pada hari Khamis 23 Jun, 2011.

Padi SRI Selangor : Padi SRI Menyerlahkan Potensi Kehebatan Tanpa Kimia

Padi SRI Selangor : Padi SRI Menyerlahkan Potensi Kehebatan Tanpa Kimia

En Raja juga memberitahu bahawa ada dua orang dari Sungai Besar mencari beliau untuk bertanya cara-cara menanam. Mereka berdua mendapat berita bahawa padi itu ditanam biji, dan bukan dari semai. Saya berfikir bagaimana nak mengetahui siapa mereka agar dapat kami bantu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s