Padi SRI Selangor : Penerangan Mengenai Penanaman Padi SRI

Padi SRI Selangor : Penerangan Mengenai Penanaman Padi SRI

Padi SRI Selangor : Mak Tam Beri Penerangan Mengenai SRI di Sawah Sempadan

Padi SRI Selangor : Mak Tam Beri Penerangan Mengenai SRI di Sawah Sempadan

Jabatan Pertanian Negeri Selangor menjemput saya untuk memberi ceramah mengenai SRI kepada lebihkurang 300 rakan tani Sawah Sempadan dan Sabak Bernam. Kami keluar awal pagi untuk ke Sawah Sempadan. Sepanjang jalan berbincang mengenai SRI – sembang SRI, makan SRI, minum SRI, lena pun SRI. SRI dah jadi agenda utama perbincangan harian – macam mana rekabentuk mesin melandak yang sesuai, bagaimana kalau kita cuba SRI dengan padi yang ditanam dengan transplanter, cara packaging baja dan penghindar natural farming supaya permudahkan rakan tani menggunakannya untuk semburan.

Penceramah pertama, sahabat saya Tuan Hj Kamarudin bercakap pasal Kawalan Perosak Padi. Saya rasa penerangan ini adalah satu langkah pengembangan untuk mengingatkan rakan-rakan tani mengenai pentingnya mengawal perosak dan penyakit. Kawasan padi pada musim ini menghadapi banyak serangan serangga dan penyakit. Pelbagai cara dinyatakan, dengan penekanan kepada menggguna racun yang sesuai, penyemburan yang tepat masa, dalam kadar yang disyorkan.

Saya sambung dengan serangga ‘Rakan Sawah’ seperti ladybird, labah-labah, pepatung, penyengat, dan pelbagai musuh semulajadi yang menjadi ‘security guard’ dalam eko-sistem tanaman padi. Bagaimana racun yang disembur juga akan membunuh mereka.

Padi SRI Selangor : PPL Promosi Baja & Penghindar Natural Farming

Padi SRI Selangor : PPL Parit 9, Sg Leman Promosi Baja & Penghindar Natural Farming

Pada masa yang sama saya menceritakan tentang adanya pilihan yang selamat dan mesra alam, iaitu dengan menggunakan baja dan penghindar yang berkonsepkan natural farming. Sebuah clip video mengenai keluhan pesakit-pesakit yang menanggung masalah keracunan agrokimia ditontonkan. Semoga itu dapat memberi peringatan, terutama mereka yang menjalankan kerja-kerja meracun untuk mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja meracun. Lepas itu barulah saya tunjukkan kemajuan pertumbuhan padi yang bertanam dengan kaedah SRI di tanah Saudara Raja Parit 4, Sg Burong. Saya juga sedar bahawa cerita mengenai padi SRI ini akan tersebar kepada lebih ramai orang Sawah Sempadan. Dan ini sesuatu yang baik!

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Zakaria Sidek, Pengarah Pertanian Negeri Selangor diatas jemputan. Semoga Jabatan Pertanian Negeri dan MBI dapat mengorak langkah perubahan kepada kelestarian pertanian dan seterusnya kelestarian alam sekitar. Amin.

Pada sebelah petangnya, kami bergegas ke kawasan Parit 11, Sg Leman, iaitu kawasan Puan Nurwahidah. Kali ini Pak Tam pula memberi langkah-langkah penanaman dan pengurusan padi SRI. Oleh kerana padi SRI ini telah tersebar rata dikampong-kampong oleh Ketua Blok dan Ketua Kampong yang hadir pada penerangan pada 24 Mei, 2011 dulu, bila disebut tentang padi SRI, kebanyakan mereka ingin tahu lebih mendalam. Soalan yang banyak adalah mengenai kerja-kerja melandak (iaitu menggembur dan merumput) dan bagaimana untuk mengatasi masalah tiada tenaga manusia. Bila ditunjukkan video klip tentang mesin melandak dari Jepun, mereka bertanya, ‘Bila nak bawa mesin tu ke sini?’ Sila klik link jika nak tonton video klip mesin melandak untuk hari ke-10 dan ke-20, dan mesin melandak untuk hari ke-30 dan ke-40.

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memberi Penerangan Khusus Cara Pengurusan SRI

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memberi Penerangan Khusus Cara Pengurusan SRI

Selepas penerangan oleh Pak Tam, sebahagian daripada yang hadir mengerumuni meja untuk bertanya kepada Saudara Azmi mengenai baja dan penghindar natural farming. Kumpulan PPL yang membuat baja dan penghindar natural farming ini adalah dibawah bimbingan Puan Nurwahidah. Saya memerhatikan reaksi dan geraktubuh mereka. Ini satu contoh bagaimana promosi melalui testimoni amat berkesan. Ada beberapa dari kalangan mereka yang hadir menyatakan bahawa dengan menggunakan baja dan penghindar natural farming terhadap tanaman padi konvensyenel mereka, padi menjadi lebih sihat, tegap dan bersih. Saya yakin penyebaran SRI ini adalah satu langkah positif kearah kelestarian dan kesejahteraan alam.

Padi SRI Selangor : Saudara Azmi Menerangkan Mengenai Produk Natural Farming

Padi SRI Selangor : Saudara Azmi Menerangkan Mengenai Produk Natural Farming

Lucu Tetapi Benar

Selepas makan tengahari saya dihampiri oleh seorang rakan tani dari Sawah Sempadan. Dia berkata, ‘Mak Tam. Cerita pasal SRI ni hebuh merata-rata. Sekarang ni ada yang bercerita bahawa pangkal rumpun padi yang ditanam dari sebutir anak benih boleh jadi sebesar batang kelapa,’ sambil kedua tangan menunjukkan saiz lingkungan yang lebar.

‘Hah!’ saya tergelak kerana saya agak begitulah cara cerita legenda bermula. Mungkinkah gambar ini yang memulakan cetusan itu? Wallahua’lam. Tapi yang ini cuma 103 anak sahaja. Yang terdahulu mempunyai 160 anak. Semasa saya tiba di Tunjong tempoh hari, tunggul yang 160 anak ini telah rosak dan reput! Saya tersenyum membayangkan reaksi rakan tani jika saya dapat tunjukkan rumpun tersebut. Meletup sudah tentu! 😀

Walaubagaimana pun, saya yakin SRI akan tersebar meluas di kawasan padi negeri Selangor, dan saya juga yakin akan ada para usahawan dan rakan tani yang akan mengambil cabaran SRI ini. Salah seorang adalah Tok Sidang Nandong (Encik Arbany Katimin) dari Sawah Sempadan yang rasa tanggungjawabnya untuk menyahut cabaran ini dahulu sebelum dia boleh menyuruh anak buahnya menanam padi SRI. Syabas Tok Sidang Nandong.

Gambar-gambar sekitar majlis:

Padi SRI Selangor : Rakan Dari Unit Perlindungan Tanaman

Padi SRI Selangor : Rakan Dari Unit Perlindungan Tanaman

Padi SRI Selangor : Pasukan Unit Padi

Padi SRI Selangor 😛 Pasukan Unit Padi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s