Padi SRI Selangor : Mengorak Langkah Melestarikan Alam Melalui SRI

Padi SRI Selangor : Mengorak Langkah Melestarikan Alam Melalui SRI (17 Jun, 2011)

Klik di sini untuk Lawatan Senior Management BERNAS pada 18 Jun, 2011

Padi SRI Selangor Team

Padi SRI Selangor Go, Go, Go.....

Hari ini Pak Tam dan saya turun ke Parit 4, Sg Burong sekali lagi. Dalam masa yang sama, rakan dan taulan yang minat untuk bersama melihat perkembangan kaedah penanaman ini sudah berada di sana. Kami mengambil peluang untuk bergambar. Waduh! Bukan main ber SRI-SRI nye tangkap gambar. Nanti kena panggil Saudara Raja untuk datang tangkap gambar bersama padinya.

Padi SRI Selangor : Rakan SRI Dari Bernas

Padi SRI Selangor : Rakan SRI Dari Bernas (Encik Lateef & Encik Rashdan)

Encik Lateef dari Bernas juga bersama. Tak berapa lama kemudian, Encik Rashdan tiba untuk melihat keadaan padi SRI. Wah! Jadi selebriti pulak padi SRI ni. Tuan Haji Rohaizat dari Felcra Training & Consultancy serta teamnya singgah di sawah ini semalam dan berada di situ hampir 2 jam mengambil gambar padi dan kumbang ladybird yang banyak diatas pokok padi. Adanya kumbang ladybird yang banyak adalah bukti Raja hanya menggunakan ramuan penghindar musuh serangga yang mesra alam yang disyorkan sahaja. Tidak ada racun kimia digunakan.

Padi SRI Selangor : Petani Daripada Parit 9, Sg Leman

Padi SRI Selangor : Wahidah & Rakan Tani Daripada Parit 9, Sg Leman

Bersama kami pada pagi ini tadi adalah Saudara Mokhtar dan Saudara Rosli beserta isteri, iaitu rakan tani padi dari Parit 9, Sg Leman yang dicalunkan untuk berkursus mengenai SRI di Nagrak, Sukabumi, Indonesia. Ini adalah kali pertama mereka melihat hasil penanaman padi SRI dan ada beberapa perkara yang menarik mengenai pokok padi SRI yang mereka tatap. Dengar apa pendapat Saudara Mokhtar mengenai padi SRI.

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=VpjSxBSZMss%5D

Tak lama kemudian, saya ternampak seorang rakan daripada Parit 5, Panchang Bedena. Saudara Jaafar turun dari kenderaannya dan terus menuju ke sawah padi SRI. Saya segera berjalan mendapatkannya.

“La Mak Tam. Saya cuba cari sawah ni lepas Majlis JPS dulu tu, tapi tak jumpa. Hari ni baru saya jumpa,” katanya sambil tersenyum lebar.

“Tapi kawan saya dah sampai. Dia kata purata anak padi adalah 40,” katanya lagi.

“Mak Tam tau tak kat warong-warong, rakan-rakan dok cerita pasal padi SRI sesaja. Hebuh sana sini pasai padi SRI ni. Saya pun sekarang ni suruh pekerja jalan celah-celah padi, dan cabut rumput yang masih kecil. Hm.. kalau dulu tunggu padi angin dah besar baru buang, teruk la kerja. Sekarang kat sawah saya tak dak padi angin dah,” sembangnya lagi.

Padi SRI Selangor : Saudara Jaafar Dari Parit 5, Pancang Bedena, Sg Besar

Padi SRI Selangor : Saudara Jaafar Dari Parit 5, Pancang Bedena, Sg Besar

Seronok betul saya mendengar berita mengenai penerimaan ketua tani terhadap padi SRI. Jika mereka mendapat manfaat dari ceramah saya pada tempoh hari, maka mudah lah cara SRI ini diterimapakai oleh petani. Insyaallah, Allah swt memberi petunjuk dan hidayahNya bagi yang terbaik untuk semua. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s