Padi SRI : Perkembangan Penanaman Padi Cara SRI
Sejak Oktober, 2010, saya memantau perkembangan SRI di Semenanjung Malaysia. Dimulai dalam tahun 2009 oleh Kelantan dengan tanaman padi cara SRI di Tunjong, kemudian tahun 2010 dicuba di Sg Leman, Selangor, dan sekarang bertapak di Belantik, Sik, Kedah sejak 2010. Pihak Bernas juga telah memulakan kursus pendedahan awal untuk pegawai-pegawai kanan pada 5-6 Mac, 2011, dan diikuti dengan penanaman seluas satu relung di Bernas, Sg Baru, Kedah dalam tahun 2011.
Pada awal tahun 2011, Felcra telah menandatangani perjanjian dengan NOSC – Nusantara Organic SRI Centre, Nagrak, Indonesia untuk menjalankan Program Pembangunan Pertanian Ekologi.
Pertengahan April, 2011, Jabatan Pertanian Brunei mengadakan perbincangan mengenai pembangunan industri padinya, dan ini termasuk penanaman cara SRI yang membolehkan pengeluaran beras organik.
Saya telah membuat tajuk-tajuk khusus bagi setiap aktiviti diatas dan akan membuat kemaskini dari masa kemasa. Tajuk-tajuk tambahan ini berada di ruang teratas blog dan juga di bawah gambar profile saya di sebelah kanan blog ini.
Dibawah ini adalah senarai tajuk-tajuk baru bagi blog ini.