Padi SRI 2 : Persediaan Peralatan Untuk Padi SRI Musim 1/2011 Pt 10

Padi SRI 2 : Persediaan Peralatan Untuk Padi SRI Musim 1/2011 Pt 10

Ubahsuai Mesin Menggembur Tanah (Melandak)

Ubahsuaian Mesin Menggembur Tanah (Melandak)

Sejak persetujuan Pengarah Pertanian Negeri Selangor untuk bersama membangunkan keperluan bagi penanaman padi cara SRI, pihak Unit Kejenteraan Pertanian telah mengambil inisiatif menyediakan alat penggaris dan alat serta mesin menggembur tanah (melandak). Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih. Harapan saya adalah agar SRI dapat dijadikan sebagai satu cara penanaman alternatif pada satu masa nanti bagi membantu petani terus bersawah dengan cara yang lebih selamat tanpa mengguna bahan kimia.

Tetapi cara SRI ini baru pada peringkat permulaan di Selangor, malah di Malaysia. Buat masa ini belum ada mesin menanam yang boleh membuat penanaman satu anak benih setiap ‘point’. Yang ada sekarang adalah penanaman diantara 5-8 anak benih setiap ‘point’ dengan jarak 30 sm diantara barisan dan 15 sm dalam barisan. Umur anak benih adalah diantara 15 – 18 hari.

Mesin menanam mungkin boleh diubahsuai untuk menanam anak benih berumur bawah daripada 14 hari, dengan meletakkan satu anak benih sahaja pada satu ‘point’. Buat masa ini belum ada lagi.

Lagi satu operasi yang amat memerlukan mesin adalah kerja-kerja menggembur tanah (melandak) yang perlu dibuat pada hari ke-10, ke-20, ke-30 dan ke-40 selepas menanam. Aktiviti ini mustahak bagi meransang pertumbuhan akar yang sihat dan kuat, iaitu dengan pengudaraan permukaan tanah sawah yang juga menggalakkan percambahan pelbagai jenis mikrob dalam tanah.

Mengurangkan air dalam sawah kepada acap-acap sahaja akan memberi peluang mikrob aerobik membiak dan memainkan peranan menyuburkan tanah, dan seterusnya mendapat sistem akar yang baik. Ini akan memberi ransangan kepada pokok padi mengeluarkan anak yang banyak dengan cepat.

Selagi jentera yang sesuai belum ada bagi penanaman padi cara SRI, perkembangan penanaman cara SRI tidak boleh terjadi kerana tenaga manusia tidak mencukupi.Jadi usaha-usaha kearah mekanisasi adalah sangat diperlukan. Inisiatif yang diambil oleh pihak kejenteraan Jabatan Pertanian Tanjung Karang mungkin menjadi pemangkin bagi penanaman cara SRI di Selangor.

Walaubagaimana pun, penanaman dan pemerhatian cara SRI dengan 4 orang petani akan diteruskan setelah mendapat persetujuan mereka.

Setelah saya mendapat gambar semasa percubaan di ladang, akan saya uploadkan di sini. 🙂 Ok. Dah siap video percubaan prototaip di sawah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s