Padi SRI 2 : Petani Menyediakan Baja Organik

Padi SRI 2 : Petani Menyediakan Baja Organik

Encik Rosli Menunjukkan Kesan Positif Baja Organik

Encik Rosli Menunjukkan Kesan Positif Baja Organik

Baru tadi Wahidah tag saya kepada albumnya di Facebook. Gambar-gambar ini menunjukkan kumpulan tani di bawah bimbingannya di Parit 9, Sg Leman menyediakan baja organik mengguna kaedah yang dipanggil Natural Farming (Korea). Ia juga dikenali sebagai MOL (Mikro Organisma Lokal) di Indonesia.

Petani-petani ini menanam pelbagai jenis sayuran dan tanaman kontan, seperti jagung, keledek, ubi kayu, dll. Selama beberapa bulan mereka ini didedahkan kepada penggunaan baja organik natural farming oleh Wahidah, sekarang mereka yakin akan kelebihan penggunaan baja organik atas tanaman mereka. Kawasan sayuran ini adalah dalam kawasan yang sama dengan petak pemerhatian padi SRI. Pada masa yang sama, baja-baja ini juga boleh digunakan atas padi, dengan menentukan kadar dan kekerapan membuat penyemburan.

Di sini saya kongsikan pautan kepada beberapa album Wahidah ini.

ALBUM 1 – Menyediakan IMO 1 Mengguna Daun Buluh Kering

ALBUM 2 – Menyedia OHN Halia, Lengkuas dan Bawang Putih

ALBUM 3 – Penyediaan OHN Kulit Kayu Manis, Liquorice dan Angelica Step 1

ALBUM 4 – Kursus Natural Farming Penyediaan IMO 3

ALBUM 5 – 04hb April 2011 Penyediaan Baja Organik

ALBUM 6 – Penyediaan OHN Kulit kayu manis, liqurise dan angelica Step 2

Saya mengenali Wahidah semasa saya bekerja di Institut Pertanian Serdang. Beliau merupakan peserta program inkubator keusahawanan. Pada saya beliau merupakan salah seorang daripada kalangan mereka yang bersungguh dan komited kepada usaha-usahanya. Telah melalui pelbagai cabaran tetapi sentiasa cekal dan tabah.

Saya dan Pak Tam berasa bertuah mengenali beliau. Semoga kerja-kerjanya dengan petani gambut mendapat keberkatan dan menerima ganjaran yang setimpal dengan kesungguhannya menaikkan semangat dan taraf ekonomi golongan tani di bawah penyeliaannya. Amin…

Advertisements

4 comments on “Padi SRI 2 : Petani Menyediakan Baja Organik

  1. Selamat Berjaya dalam industri Baja Organik
    Saya Subramaniam dari Malaysia ingin tanya pada pihak tuan,
    Soalannya, bagaimanakah atau apakah cara terbaik untuk membunuh atau menghalau siput gordang (Golden Snail) yang menjadi masalah utama penanam padi. Maksudnya secara organik, apakah ramuannya.
    Hubungi saya di e-mail add pachai108@hotmail.com

    • Saudara Subramaniam. Terima kasih kerana sudi melayari Weblog Pertanian Selangor. Sebenarnya cara yang paling baik untuk siput gondang adalah mengumpul serta mengutip siput dan telurnya.
      1. Pada sebelah pagi, letakkan daun betik atau daun ubi kayu dibeberapa tempat dalam sawah, terutamanya didalam tempat berair.
      2. Sebelah tengahari, siput akan berkumpul atas daun-daun, kutip semua siput (siput boleh dibuat baja),
      3. Pacakkan beberapa bilah buluh didalam air dalam sawah, siput akan bertelur. Kutip dan buang.
      Buat masa ini saya tiada ramuan organik yang boleh mengawal siput gondang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s