Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 8

Biji Benih Padi Yang Mengeluarkan 'Mata'

Biji Benih Padi Yang Mengeluarkan 'Mata'

Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 8

Adalah mustahak jadual penanaman disediakan. Ini adalah untuk memastikan petani dapat menepati setiap aktiviti yang penting dalam cara penanaman padi kaedah SRI. Benih padi perlu disediakan 12 hari sebelum tarikh menanam.

Bagi memastikan semua petani mendapat benih yang terbaik, setiap orang dibekalkan dengan ‘Registered Seed’ atau benih berdaftar varieti MR219. Benih adalah daripada FELCRA Seberang Perak. Benih padi sah pun boleh digunakan dengan syarat mendapatkannya daripada pembekal benih yang dipercayai kualiti benih keluarannya.

Dalam kaedah SRI, benih mestilah yang terpilih. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat pemilihan benih padi bernas menggunakan air garam.

Tujuan : Memilih benih padi bernas dengan menggunakan larutan air garam.

Bahan dan Alat :

– Garam dapur ( ± 2 kg )
– Air bersih
– Satu butir telur ayam segar
– Baldi 12 liter
– Kayu untuk kacuk air
– Benih padi

Caranya:

1. Sediakan 5 kg benih padi.
2. Isi 10 liter air ke dalam baldi.
3. Masukkan 1 kg garam dapur ke dalam air dalam baldi tadi.
4. Guna kayu untuk gaul garam dalam air.
5. Setelah garam larut, masukkan satu butir telur ayam ke dalam larutan garam, dan perhatikan posisi telur:
—- a. Jika telur masih tenggelam tambahkan garam sedikit demi sedikit sambil dikacuk sampai telur timbul pada permukaan air.
—- b. Jika telur telah timbul pada permukaan air, garam tidak perlu ditambah lagi dan siap digunakan untuk pemilihan benih.
6. Tuangkan biji benih kedalam larutan garam.
7. Benih yang terapung adalah benih hampa (a), sedangkan benih yang tenggelam adalah benih yang bernas (b)
8. a. Keluarkan benih yang terapung,
—b.Angkat benih yang tenggelam, kemudian cuci segera sampai bersih lalu masukkan kedalam karung,
—c. Rendam benih padi semalaman dalam air. Selepas itu toskan air dan tinggalkan dalam karung selama 24 jam, iaitu hingga ‘mata’ benih keluar.

Dengan cara ini, adalah dapat dipastikan bahawa benih yang akan digunakan adalah cukup bernas dan mempunyai potensi mengeluarkan hasil terbaik.

Sila lihat blog ini untuk maklumat bagaimana pihak swasta menyediakan anak benih khusus untuk diguna oleh mesin menanam (transplanting machine).

Advertisements

One comment on “Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s