Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 4

Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 4

bersambung: Penyediaan Tanah Sawah Selepas Menuai

Tanah perlu digemburkan dan kemudian dirata. Bagi musim ini, pihak Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang membantu petani-petani terlibat dengan memberi perkhidmatan membajak dan merata tanah. Kerja-kerja ini adalah sangat penting bagi operasi persawahan kerana penanaman padi memerlukan air, dan lagi rata tanah, lagi mudah mengawal air serta membuat kerja merumput/menggembur (melandak).

3. Kerja Membajak Tanah

Membajak Membantu Untuk Menggaul Kapor Kedalam Tanah

Membajak Membantu Untuk Menggaul Kapor Kedalam Tanah

Sebelum kerja membajak dijalankan, petani telah pun menabur 1 tan baja kompos dan 1 tan kapor GML seekar. Selain daripada menghancurkan ketulan-ketulan tanah, kerja membajak juga menggaul kompos dan kapur kedalam tanah dengan lebih rata.

Gambar ini diambil ditanah Nazri. Musim sebelumnya, Nazri buat tabur terus. Hasil yang didapati musim lepas adalah 4.2 tan bagi tanah seluas kurang daripada 2 ekar. Pada musim ini Nazri ingin menanam cara SRI di keseluruhan tanahnya seluas 2.5 ekar.

Video dibawah menunjukkan traktor membajak tanah. Bahan berwarna putih diatas tanah tersebut adalah kapur GML yang ditabur. Apabila tanah dibajak, kompos dan kapur digaul sama-rata kedalam tanah. Ini adalah baik kerana apabila air dimasukkan nanti, campuran kompos dan kapor serata dan dapat berinteraksi dengan tanah dengan lebih cepat dan berkesan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s