Padi SRI 2 : Lawatan Kerja BERNAS

Padi SRI 2 : Lawatan Kerja BERNAS

Sehari kami bersama pegawai-pegawai dari BERNAS di Sg Leman, Selangor. Kagum saya melihat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua mereka, dari pagi hingga petang. Berbincang tak kira di mana – tepi jalan, bawah pokok, tengah sawah, restoran. Turun ke sawah menanam padi SRI, kemudian membuat kerja-kerja melandak.

Tahniah saya ucapkan kepada Encik Mohd Rushdan Yusof, Encik Abdul Lateef Omar, serta setiap pegawai yang sudi berkampong sehari suntuk di Sg Leman. Insyaallah, suatu hari nanti mungkin BERNAS membeli padi organik. Bertuahlah petani-petani yang belajar menanam cara SRI sekarang ini. Satu cara penanaman padi alternatif yang diharapkan menjadi pilihan pesawah demi keselamatan dan kesihatan mereka. Hanya masa akan menentukan. Amin.

Saya dah janji akan upload gambar-gambar ‘high-action visit’ hari ini. Semoga terhibur….

Tengok sendiri video ni, macam pertandingan lumba F1 Sg Leman! 😀

Lawatan Kerja BERNAS pada hari kedua merangkumi taklimat mengenai Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor, berbincang dengan pegawai-pegawai kawasan, serta bertemu usahawan-usahawan muda tani. Pada waktu tengahari lawatan dibuat untuk melihat kerja-kerja membuat prototaip mesin menggembur tanah. Cadangan dari pihak BERNAS adalah supaya mesin yang sama juga digunakan untuk membuat garisan untuk menanam. Pengalaman mereka yang menarik gelong pembaris memberi maklumbalas bahawa kerja menarik gelung tersebut adalah sangat memenatkan. Ada yang menyatakan sampai sakit dada. Kami melihat ini sebagai satu feedback yang sangat berguna dan ‘very relevant’. Kerja membuat garisan memang patut dipermudahkan.

Advertisements

3 comments on “Padi SRI 2 : Lawatan Kerja BERNAS

  1. salam pn sri,byk yg sy tlepas hari ni,coz anak kecil yg tiada sape bole jaga..tahniahla pd puan yg bsungguh utk padi sri ni.sy kagum dan x sbr nk menunggu hari2 berikut yer dan melihat tumbesaran padi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s