Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 1

Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 1

Sejak hari menuai padi SRI lagi, perancangan untuk musim kedua telah dijalankan. Penanaman padi SRI seluas kurang daripada 1 ekar tidak dapat memberi gambaran sama ada ianya ekonomik atau tidak. Kos yang  digunakan juga tidak dapat dibuat sebagai contoh kos pengeluaran sebenar. Sila baca analisis yang dibuat oleh Azmir Firdaus di sini. Oleh yang demikian, penanaman kali kedua ini akan melibatkan beberapa keping sawah.

Terlebih dahulu kami mendengar pendapat ibu dan bapa kepada saudara Nazri dan Khairi yang terlibat secara aktif sepanjang musim lepas. Bapa mereka menyatakan bahawa penanaman padi cara SRI mempunyai potensi terutama sekali tentang pertumbuhan padi yang sihat tanpa baja kimia. Ibu mereka menyatakan bahawa jika dapat dikawal serangan ulat batang pada musim lepas, dan bekalan air tidak terputus, sudah tentu hasilnya dapat berganda daripada 750 kg bagi kawasan yang kurang daripada 1 ekar itu. Hasil dianggarkan dalam 2.5 tan sehektar. Ini adalah satu penghasilan yang rendah, tetapi bagi saya berpadan dengan penanaman kali pertama padi cara SRI di atas bekas tanah bertanam sayur. Lagi pula tiada menggunakan baja dan racun kimia langsung.

Penerangan Padi SRI Musim Kedua

Penerangan Padi SRI Musim Kedua

Bagi tujuan itu, beberapa sesi penerangan dan perbincangan telah dibuat dengan beberapa orang petani. Yang mula-mula dibuat adalah dengan Nazri dan Khairi yang sama-sama menguruskan tanaman padi SRI yang pertama. Kedua mereka bersetuju menguruskan tanaman padi mereka secara kaedah SRI bagi musim ini. Khairi akan menjalankan penanaman seluas 2.5 ekar di sawahnya di Ban Pakat, Taliar 7, sementara Nazri meluaskan penanaman keseluruh kawasan padinya yang juga seluas 2.5 ekar, iaitu termasuk kawasan percubaan padi SRI musim lepas, iaitu di Taliair 8, Sg Leman.

Penerangan & Persetujuan Dibuat Secara Bertulis

Penerangan & Persetujuan Dibuat Secara Bertulis

Seorang lagi dari kalangan usahawan di kawasan tersebut yang berminat adalah Tuan Haji Mohd. Beliau akan menanam seluas 2.75 ekar di Ban Pakat Parit 9, Sg Leman.  Ketiga lot sawah yang akan bertanam dengan padi diurus secara SRI ini berhampiran. Ini akan memudahkan bimbingan dan pemantauan.

Seorang lagi yang telah memberi persetujuan adalah saudara Rajan daripada Parit 4, Sg Burong. Beliau bersedia mencuba cara SRI ini di tanahnya seluas hampir 1 ekar. Yang menarik mengenai kawasan Pt 4 ini adalah kawasan ini merupakan kawasan penanaman padi yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha berbangsa India, dan buat masa sekarang, ini merupakan kawasan pengeluaran tertinggi di Barat Laut Selangor. Rata-rata mereka menggunakan cara konvensyenel dengan tahap pengurusan yang amat baik. Pengeluaran padi mereka adalah di antara yang tertinggi di kawasan Barat Laut Selangor, dan ada yang mengatakan bahawa pengeluaran mereka telah mengalahkan pengusaha-pengusaha dari Sekinchan.

Rajan Mendengar Penerangan oleh Pak Tam

Rajan Mendengar Penerangan oleh Pak Tam

Jadi, bagi musim kedua penanaman padi cara SRI ini melibatkan 4 orang pengusaha dengan keluasan hampir 9 ekar semuanya. Bagi melancarkan penanaman kali ini, saya membuat persetujuan secara bertulis agar pihak pengusaha mendapat perincian kerja berjadual tentang apa yang perlu dibuat bagi menjalankan penanaman SRI kali ini. Saya berharapan agar kali ini pengusaha mendapat penghasilan yang bertepatan dengan usaha yang dijalankan sepanjang musim. Amin.

Advertisements

4 comments on “Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 1

    • Terima kasih kerana berkongsi video ini. Bukan senang nak menukarkan cara penanaman padi konvensyenel kepada suatu cara yang sangat berbeza. Insyaallah, kesabaran dan kesunggguhan akan membuahkan penerimaan dari kalangan petani. Bukan sahaja ia mampu memberi hasil yang tinggi, lebih mustahak lagi adalah mengembalikan tanah kepada fungsi azalinya, dan menjaga kesihatan petani dan kesejahteraan keluarga mereka.

  1. wah.. dah ada 9 ekar..

    “Dalam analisis ini, meningkatkan keluasan tanah dan menambah input & operasi boleh membawa perubahan yang signifikan. Selain itu, kita juga perlu memikirkan pengganti baja dan racun kimia bagi meningkatkan nilai pembolehubah input & operasi di dalam penanaman padi SRI ini. Kos pengeluaran yang terlalu tinggi akan mengurangkan produktiviti total.”

    jadi, keluasan dah bertambah dan sudah ada ramuan organik EM, saya akan analisis dari segi kecekapan ladang SRI vs konvesional. Let’s hope for the best (and don’t forget to expecting the worst also)..

    • Yep.. I’m game on this. 🙂 Let’s do this again. This time the target is not only the yield, but also towards improving soil fertility through microorganism activities. It may take a few seasons, but if we persists, we will get there. That is, reducing the cost of production, and optimal yield increase.
      Please look into the transplanting machine possibilities. One seedling with the 30 cm rows. Thanks and kudos to you for building the interest! 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s