Padi SRI : Hari Menuai Padi SRI Musim 2-2010 – Sg Leman

Padi SRI : Hari Menuai Padi SRI Musim 2-2010 – Sg Leman

Video di bawah memberikan gambar-gambar sekitar hari menuai pada 17 Januari, 2011. Semoga pada musim akan datang ini, acara menuai membawa kejayaan kepada cara penanaman SRI.

Selalunya, selepas musim menuai, kawasan saluran air dikurangkan air. Maka ikan-ikan akan berkumpul di parit dan taliair yang cetek airnya. Pada masa ini sesuai untuk menangkap ikan haruan. Cuba lihat cara seorang penangkap ikan haruan yang menggunakan bateri motorsikal untuk menangkap ikan. Saya sendiri pun baru ini melihat cara ini.

Saya membayang pada satu hari nanti, ikan haruan, keli, puyu dapat hidup dalam sawah seperti dulu. Sekarang ini dalam sawah tidak ada lagi ikan-ikan itu. Kalau ada pun, kita tak tahu tahap pencemaran bahan kimia yang ada dalam badan ikan-ikan itu. Insyaallah, saya yakin jika ada kalangan usahawan muda mengambil langkah mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam penanaman tumbuhan untuk makanan, generasi akan datang mempunyai harapan untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

(Catatan: Beberapa orang kampong yang saya temui tak suka cara penangkapan ikan seperti ini. Mereka menyatakan bahawa cara renjatan elektrik sebegini, iaitu dengan menggunakan bateri motorsikal, ia boleh membunuh anak-anak ikan, dan ini telah menyebabkan ikan berkurangan.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s