Padi SRI : Hari Menuai Padi SRI di Selangor – 17 Januari, 2011

Pokok Padi Pada Hari Menuai

Pokok Padi Pada Hari Menuai

Padi SRI : Hari Menuai Padi SRI di Selangor – 17 Januari, 2011

Pada hari yang dinanti-nantikan, tanggal Isnin 17 Januari, 2011, hati saya berdebar. Berdoa agar pagi ini tidak hujan di Sg Leman. Beberapa hari sebelum tu, hujan turun berturut hari. Rakan-rakan dari Jabatan Pertanian, UKM dan Felcra, serta petani disekeliling telah dijemput. Sehari sebelum itu saya menelepon rakan saya, saudara Talib.
Talib tanya, “Kalau hujan pagi tu, kita tak boleh menuai. Apa pelan B kita?”.
Saya kata, “Emm.. Apa pelan B nya?”.
Talib jawab, “Kita tuai hari esoknya lah”. Harap tak hujanlah…

Pagi itu Pak Tam dan saya keluar awal untuk hantar anak ke sekolah. Terus ke IOI Resort, Putrajaya untuk berjumpa Tuan Haji Rohaizat Ahmad, FELCRA Training & Consultancy, dan Dr Anizan Isahak, UKM. Tuan Haji Rohaizat telah pun tiba dan menunggu di depan hotel Palm Gardens, IOI Resort, Putrajaya. Ini adalah kali pertama bertemu Tuan Haji Rohaizat. Bersembang macam dah lama kenal.

Tak lama kemudian Dr Anizan tiba. Kami meneruskan perjalanan ke Sg Leman. Sepanjang jalan kami bertukar-tukar fikiran. Macam duduk dalam bilik mesyuarat bergerak pulak hari tu. Banyak perkara yang kami kongsikan mengenai SRI.

Singgah di Kuala Selangor untuk minum pagi. Nur Haqim dan Azlin, student dari UKM baru sampai. Dr Anizan terkejut menyatakan bahawa saya kenal Haqim dan sudah pun bawa Haqim ke Sg Leman sebelum itu.

‘Mana you kenal dia?’ tanya Dr Anizan.

“Kat fb..’ jawab saya pendek.

Kami tunjuk kepada Tuan Haji Rohaizat sepohon pokok buah maja/labu kayu di Sekinchan. Sampai kami di Sg Leman, ramai rakan-rakan daripada Jabatan Pertanian sudah pun tiba. Saudara Talib dan teamnya sedang berbincang cara untuk membawa jentuai masuk ke tapak sawah SRI. Akhirnya kami semua berkumpul di tepi sawah.

Rakan-rakan daripada Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam sudah ramai berkumpul. Seronok saya kerana kesudian mereka bersama saya pada hari yang penuh makna bagi saya dalam penanaman padi SRI yang pertama ini.

Rakan-rakan Dari Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam

Rakan-rakan Dari Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam

Mesin jentuai mulai menyusur dari sebelah belakang petak sawah. Walau pun hari agak mendung, tapi awan hujan tidak kelihatan. Saya bersyukur atas izinNya.

Engineering Dream Team dari PLKP, Tg Karang

Engineering Dream Team dari PLKP, Tg Karang

Azlin & Haqim

Azlin & Haqim, Pelajar UKM

Nazri, Pak Tam, Che Pah, Khairi & Monet

Nazri, Pak Tam, Che Pah, Khairi & Monet

Nazri & Jentuai

Nazri & Jentuai

Advertisements

2 comments on “Padi SRI : Hari Menuai Padi SRI di Selangor – 17 Januari, 2011

    • Ini adalah petak percubaan padi SRI kami yang pertama. Luasnya hanya 0.3 hektar. Pada kali pertama ini kami mendapat sedikit sahaja hasil kerana serangan ulat batang yang hampir 70%. Ini adalah kerana tiada sebarang baja atau racun serangga perosak/penyakit kimia yang digunakan, juga tiada bio-baja atau bio-penghindar serangga yang digunakan. Boleh dikatakan padi itu telah tumbuh dengan berbajakan najis lembu sahaja.

      Pada percubaan kedua, kami telah mendapat 7.2 tan sehektar tanpa agrokimia. Tetapi mengguna rejim pembajaan yang kami panggil sebagai produk SRI yang dibuat daripada bahan buangan dikampong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s