Padi SRI : Apa Kata Mereka Mengenai SRI

Padi SRI : Apa Kata Mereka Mengenai SRI

Apabila dikatakan mengenai cara penanaman padi yang baru, soalan pertama yang ditanyakan ialah tentang pencapaian hasilnya. Saya rasa itu adalah sesuatu yang diharapkan oleh kebanyakan orang, terutama mereka yang berkecimpung dalam penanaman padi.

Pada saya, setelah diperkenal dan mendalami cara SRI ini, saya nampak kepada faedah-faedah yang tidak ‘obvious’ iaitu perkara-perkara yang ‘intangible’ tetapi penting dalam hidup.

1. Penanaman secara SRI memulihkan kesuburan tanah sawah dengan cara yang semulajadi. Pemulihan yang sebegini adalah berupaya mengekalkan penanaman padi secara lestari (sustainable) hingga ke seluruh generasi yang akan datang.

2. SRI organik menggalakkan penggunaan bahan organik secara menyeluruh bagi mengganti baja inorganik dan racun kimia. Ini akan menjaga kesihatan petani dan juga orang-orang yang mengambil upah penyembur racun di sawah. Juga mengurangkan pencemaran bahan kimia dalam beras.

3. Penanaman cara SRI menggunakan kurang air berbanding cara konvensyenel yang ada sekarang. Mungkin ini salah satu perkara yang perlu diberi perhatian yang berat kerana pada masa hadapan, kekurangan sumber air mungkin berlaku. Persediaan ke arah itu perlu dimulakan sekarang.

Melaksanakan penanaman padi secara SRI bukanlah sesuatu yang senang dilaksanakan. Seperti yang biasa kita hadapi dalam bekerja dengan manusia, apa-apa perubahan daripada cara biasa adalah sesuatu yang diperhati dengan kesangsian. Sama jugalah dengan penanaman cara SRI ini. Saya rasakan bahawa untuk meyakinkan petani adalah lebih mudah daripada meyakinkan mereka yang berkerja dalam kerajaan. Walaubagaimana pun, ini adalah sesuatu yang biasa dalam hidup. Yang mustahaknya adalah meneruskan usaha mencari yang terbaik.

Dengar apa Tuan Haji Rohaizat Ahmad, Manager FELCRA Training & Consultancy kata mengenai SRI.

Dr Anizan Isahak daripada UKM menerangkan mengenai ’tillering’ atau percambahan anak pokok padi.

Telah terbukti di banyak negara tentang keupayaan penanaman cara SRI ini boleh mencapai potensi hasil tertinggi varieti tertentu. Di Indonesia, ada laporan yang menunjukkan bahawa pencapaian hasil 16 tan sehektar dalam kes-kes yang ‘isolated’. Saya ingin meneliti kesahihan laporan ini, bukan untuk menyangkalkannya, tetapi untuk menceduk ilmu daripada kejayaan yang sebegini. Jika penghasilan sedemikian boleh dicapai, maka potensi SRI masih banyak yang terpendam, dan perlu diserlahkan demi kesejahteraan masa depan dan keberlangsungan kehidupan.

Advertisements

4 comments on “Padi SRI : Apa Kata Mereka Mengenai SRI

    • Salam. Terima kasih diatas analisis pengeluaran tersebut. Saya ingin melihat keberlangsungan cara SRI hingga ia mampu menjadi cara penanaman yang membawa keuntungan ditahap tinggi. Beberapa perkara yang membolehkan ia berlaku adalah mengurangkan penggunaan tenaga manusia melalui:

      1. mekanisasi aktiviti menanam (mungkin boleh menggunakan mesin menanam sekarang dengan ubahsuai),

      2. mesin menggembur tanah sawah sebanyak sekurang-kurangnya 2 kali,

      3. serta penyediaan ramuan baja pencegah perosak organik dibuat sendiri oleh petani (iaitu tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli). Ini bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran, tapi lebih penting lagi mengurangkan penggunaan racun yang merbahaya kepada petani, keluarga mereka serta konsumer.

      4. mempunyai ruang menjual padi ditanam secara organik melalui SRI dengan harga yang lebih tinggi (mungkin juga dengan harga lebih tinggi daripada harga padi benih), serta masih boleh menerima subsidi harga padi.

      Sayajuga cenderung melihat cara SRI sebagai jawapan kepada mencari kaedah terbaik mengembalikan kesuburan tanah secara semulajadi bagi tujuan menampung penanaman padi untuk keperluan generasi akan datang.

      Terima kasih sekali lagi. Semoga dapat kita berjumpa satu cara baru penanaman padi yang mana dapat memberi produktiviti total melebihi 2.5, disamping menjaga alam sekitar untuk masa hadapan. 🙂

  1. Pn SRI..heheheh..banyak perkara baru yang dapat saya belajar sebenarnya..dan ucapan terima kasih banyak2 kerana tanpa projek SRI ni sampai bile2 pun saya x kan buat Natural Farming walau tau banyak kebaikannya..dan sekarang berdikit2 saya aplikasikan di ladang saya sendiri…serta projek Ladang Kontrak Parit 9, Sg leman..
    Pn SRI..semoga apa yang kite usahakan membuahkan hasil,,sesungguhnya hati saya x keruan memikirkan projek kali ni..

    • Salam. Apa pun kita buat perlu ada tujuan dan matlamat. Itu akan menjadi panduan untuk memudahkan kita fokus kepada sesuatu yang kita hendak capai. Saya juga berasa bersyukur dapat menjalinkan kerjasama dengan Wahidah, memandangkan kekuatan minda dan kemahiran yang ada pada Wahidah sendiri. Cabaran tentu sahaja akan kita hadapi dalam projek SRI ini, terutamanya bila berhadapan dengan pelbagai masalah. Tapi saya yakin, dengan kesungguhan daripada semua pihak, dan doa yang kita pohon, Insyaallah kerja-kerja kita akan diberkati dan membawa manfaat kepada banyak orang. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s