PADI SRI : 55 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

PADI SRI : 55 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

Umur Padi 55 Hari

Umur Padi 55 Hari

Pak Aep pernah memberitahu bahawa pada awal pertumbuhan padi SRI, keadaan pokok padi tidak memberansangkan. Tetapi selepas 30 hari, pokok padi akan nampak subur dan cepat membesar. Lihat sajalah keadaan pokok yang berumur 55 hari ini. Sungguh menghairankan bagaimana ia terus menghijau walaupun tiada tambahan sebarang baja.

Purata pH 6

Purata pH 6

pH tanah kekal pada tahap 6. Ini adalah baik bagi padi. Tapi pokok padi telah mula menunjukkan seranggan ulat batang.  Atan bertanya, “Mak Tam. Kita tak boleh guna racun, ke?”  Saya juga termenung. Boleh saja sembur racun. Di negara China, saya diberitahu petani disana ada juga menggunakan cara SRI. Walaubagaimana pun, mereka masih menggunakan sedikit baja kimia dan racun makhluk perosak.

Dr Anizan daripada UKM menyaran menggunakan buah maja. Pak Aep memberi cara-cara menyediakannya. Isi buah maja dikorek dan diramas bersama air kelapa, atau air basuhan beras. Tempatkan campuran maja ini kedalam sebuah balang dan tutup mulut balang dengan kertas majong. Letakkan balang ini ditempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari selama 14 hari. Selepas 14 hari, tapis air yang telah ditapai ini dan simpan dalam botol yang kedap angin. Simpan ditempat yang teduh dan sejuk dalam rumah/stor. Ia boleh disimpan selama 3 tahun.

Serangan Ulat Batang Dikesan

Serangan Ulat Batang Dikesan

Air campuran maja dan air kelapa dicampur dengan air pada kadar 1:10 dan disembur kepada pokok padi untuk tujuan pembajaan dan nyah serangga. Tapi masalah besar saya pulak ialah saya tidak pernah kenal buah maja. Saya mula bertanya orang-orang dan tiada siapa yang tahu buah maja. Dr Anizan menyatakan pokok maja boleh didapati di Tanjung Karang. Beliau cuba membayangkan tempat pokok ini tumbuh. Masih tidak berjumpa.

Advertisements

2 comments on “PADI SRI : 55 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s