PADI SRI : 42 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

PADI SRI : 42 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

Pokok Padi Berumur 42 Hari

Pokok Padi Berumur 42 Hari

Air Disimpan Tinggi Dalam Parit Keliling

Air Disimpan Tinggi Dalam Parit Keliling

Pertumbuhan padi amat baik. Pokok-pokok padi yang tumbuh dikawasan lebih tinggi juga telah pulih dan menghijau. Air disimpan dalam parit keliling bagi memastikan tanah tidak kering dan mencukupi untuk tanaman. Pada pendapat daya, tidak perlu mengeluarkan air selepas melandak. Membiarkan air bergenang tanpa menambah air sawah pun, air akan surut dengan sendiri, terutamanya dalam kawasan bergambut.

Pertumbuhan Padi Yang Sihat

Pertumbuhan Padi Yang Sihat

Bila dilihat secara dekat, didapati ada beberapa pokok yang kurang mengeluarkan anak seperti yang paling kiri dalam gambar ini. Dari penerangan Pak Aep, anak benih yang ditanam dalam, akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan anak. Besar kemungkinan pokok yang paling kiri ini ditanam terdalam sedikit daripada yang tiga lagi itu. Pada masa ini, purata bilangan anak-anak padi adalah 22-25 setiap rumpun. Ada terjumpa juga yang mempunyai anak lebih daripada 30, tetapi yang begini tak banyak.

Advertisements

4 comments on “PADI SRI : 42 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

    • Yang ini percubaan pertama dengan hanya baja kompos. Cuba bayangkan bila kita buat dengan tambahan baja natural farming dan kawalan perosak/penyakit organik. Saya baru balik menghadiri seminar SRI di Kota Baru. Nanti saya upload beberapa video yang saya ambil semasa perbincangan itu. Saya yakin jika dibuat mengikut cara yang disyorkan, terutamanya membuat kerja ‘melandak’ (merumput/mengaerasi) dan kawalan air, kita dapat pertumbuhan padi yang lebih baik dan hasil yang tinggi. Insyaallah.

    • Kaedah SRI menggunakan air yang sedikit (air acap-acap sahaja) berbanding tanaman padi konvensyenel. Oleh itu pemeliharaan ikan mungkin boleh jika disediakan kolam kecil di tepi sawah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s