Padi SRI : Melandak dan Mengaerasi Tanah – Pengalaman Di Kelantan

Padi SRI : Faedah Melandak dan Mengaerasi Tanah

Maksud melandak:  Aktiviti menggaru permukaan tanah sawah yang lembut dan basah dengan mengguna alat melandak.

Alat melandak ini secara asasnya hanya untuk menggaru permukaan tanah. Alat yang ditunjukkan kepada saya di Kelantan diperbuat daripada kayu. Saya melihat alat ini dengan hati yang terbuka. Alatnya terlalu basic, seperti kita kembali ke zaman dulu. Hati saya tersentuh kerana saya lebih biasa dengan pelbagai jentera pertanian moden serta peralatan yang canggih. Dapatkah alat yang terlalu basic ini membantu dalam persawahan?

Alat Melandak - Barisan Paku

Alat Melandak - Barisan Paku

Pak Aep Menerangkan Kegunaan Alat 'Landak'

Pak Aep Menerangkan Kegunaan Alat Melandak

Lihat gambar-gambar di atas. Paku-paku besar dikatuk masuk kedalam kayu seperti di atas. Paku diketuk condong kebelakang untuk menggaru tanah. Aktiviti menggaru ini menyebabkan beberapa perkara terjadi:

1.  Alat melandak ini digunakan dengan cara menolak dan menariknya di kawasan antara pokok-pokok padi. Rumput-rumput kecil akan tercabut dan terbenam ke dalam tanah. Saingan daripada rumput terhalang. Walaubagaimana pun, rumput-rumput yang tumbuh ditepi pokok padi perlu dicabut dengan tangan, agar tidak merosakkan akan pokok padi.

2.  Dalam masa yang sama, tanah sawah dibalik-balikkan oleh aktiviti melandak ini. Proses ini memudahkan pengudaraan berlaku. Ini pula akan membantu menyampaikan oksigen kepada mikro organism yang hidup dalam permukaan tanah. Ini seterusnya menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan mikro organisma ini. Aktiviti kehidupan ini akan membuat tanah sawah menjadi lebih subur dengan kosmopolitan kehidupan seninya.

3.  Kawasan persekitaran akar padi menjadi aktif dan ini meransang pertumbuhan akar dengan lebih baik, dan sistem perakaran menjadi lebih subur and membesar dengan tegap. Ini seterusnya menguatkan sistem akar dan menyerapan air dan nutrien menjadi lebih efisien. Sudah tentu sekali pokok juga menjadi lebih sihat dan mengeluarkan anak yang banyak.

Keadaan Tanah Selepas Dilandak

Keadaan Tanah Selepas Dilandak

Kalau dilihat dari gambar ini, sebaik sahaja lepas melandak, air dikeluarkan. Keadaan tanah basah acap-acap, iaitu sebahagian permukaan tanah digenangi air, sebahagian lagi terdedah ke udara. Ini memberi peluang pengudaraan berlaku. Aktiviti pelbagai jenis kehidupan dapat dilihat daripada keadaan permukaan tanah yang menunjukkan kesan pergerakan/aktiviti, iaitu tanah dipenuhi lubang-lubang kecil. Disepanjang tempoh pertumbuhan padi, hanya banyak ini sahaja keperluan tanaman padi. Kehadiran air membanjiri sawah adalah bertujuan menghalang rumput daripada tumbuh bersaing dengan tanaman padi.

Permukaan Tanah Yang AKtif & Subur

Permukaan Tanah Yang Aktif & Subur

Dari pemerhatian saya, permukaan tanah bukan sahaja berlubang-lubang, tetapi ditepi lubang itu ada timbunan kecil tanah. Mungkin ada pihak saintis Malaysia yang ingin mengkaji perkara ini. Saya teringat kata-kata Pak Aep, “Cuba tengok gunung-gunung yang tinggi. Siapakah yang membajanya sehinggga sepanjang zaman dari dulu hingga sekarang sentiasa hijau?”

Selepas hari itu, saya melihat dunia sekeliling dengan mata hati. Disebelah sana terusan utama (main canal) di kawasan padi Selangor, kita boleh lihat keadaan hutan gambut yang hijau dan sihat. Siapa yang membajanya? Adakah kemungkinan jika tanah sawah boleh dipulihkan kesuburannya, dapat menampung tumbesaran pokok padi dari semai hingga ke peringkat tuai? Mmm.. saya perlu mendapatkan maklumat saintifik mengenai perkara ini.

Tanah Yang Mendapat Pengudaraan

Tanah Yang Mendapat Pengudaraan vs Yang Ditenggelami

Cuba lihat pokok padi yang hijau dan subur ini, yang cuma diberi baja kompos organik. Pokoknya mengeluarkan anak yang sihat dan tegap. Dalam sistem konvensyenel, baja kimia digunakan. Ini hanya menggunakan baja organik dan dapat menyamai kesan baja kimia. Cuba kita fikirkan…

Bercambah Anak & Tanah Yang Subur

Percambahan Anak Yang Sihat & Tanah Yang Subur

Advertisements

2 comments on “Padi SRI : Melandak dan Mengaerasi Tanah – Pengalaman Di Kelantan

  1. Pingback: Padi SRI Selangor: Pelancaran Buku Membuat dan Mengguna Produk SRI Organik | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  2. Pingback: Padi SRI Selangor: Ilmu SRI Mencetus Paradigma Baru « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s