PADI SRI : 24 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

PADI SRI : 24 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

Pokok Padi Berumur 24 Hari

Pokok Padi Berumur 24 Hari

(Nota:   Bukan sahaja WordPress.com sahaja yang menghadapi masalah, bahkan Skype juga langsung ‘down’ beberapa jam.  Mungkin pertambahan pengguna yang mengejut ini adalah sempena cuti Krismas, oleh itu lebih ramai manusia berada dihadapan komputer untuk berhubung secara percuma dengan sanak-saudara dan rakan-taulan).

Pokok padi tumbuh dengan baik dan bercambah anak. Air dimasukkan ke sawah untuk melembutkan tanah untuk memudahkan kerja melandak. Bahagian hadapan sawah mendapat air yang mencukupi, tetapi dibahagian belakang adalah masalah air di kawasan yang tinggi sedikit.

Pokok Padi SRI 24 Hari

Pokok Padi SRI 24 Hari

Apabila dilihat dengan lebih rapat, adalah didapati hijau daun padi tidak menunjukkan ciri-ciri kekurangan nutrien.  Baja organik ditaburkan ditanah ini sebanyak 1 tan sahaja sebelum ini. pH tanah kekal diantara 6.2 hingga 6.5.

Kerja-kerja melandak dibuat oleh Saudara Nazri seorang diri. Oleh kerana minatnya terhadap pembuatan alat melandak, Nazri telah membuat inovasi terhadap alat melandak, iaitu dengan meletakkan dua tayar kecil.

Alat Melandak Diubahsuai Oleh Nazri

Alat Melandak Diubahsuai Oleh Nazri

Pak Tam memberi pandangan bahawa inovasi Nazri ini membuatkan alat ini mudah digunakan untuk merumput, dan juga mengaerasi tanah.  Tetapi hanya mudah jika tanah lembut dan dipenuhi air. Di kawasan sebelah belakang yang tinggi sedikit dan mendapat kurang air, kerja melandak menjadi amat mencabar.  Oleh kerana kerja itu agak berat, Pak Tam menyuruh anak kami yang berbadan sasa, Amir untuk mencuba.  Setelah mencuba melandak beberapa barisan, Amir menyatakan bahawa memang susah kerja melandak di atas tanah yang lembab, berbanding dengan di tanah yang dipenuhi air.

Amir Membuat Kerja Melandak

Amir Membuat Kerja Melandak

Saya berasa resah melihat pertumbuhan rumput-rumpai yang banyak di kawasan yang lebih tinggi dan tidak ditenggelami air. Sebahagian pokok padi akan menghadapi persaingan yang hebat daripada rumput-rumpai ini. Ini perlu diambil perhatian yang berat. Tetapi Pak Tam mempunyai pendapat bahawa masalah rumput yang banyak ini adalah kerana kawasan padi SRI ini adalah bekas bertanam dengan sayur-sayuran. Jika kawasan yang sedia adanya bertanam padi, mungkin tidak menghadapi masalah rumpai yang sehebat ini. Tapi, ada masanya, kami dapat juga imbuhan dari pemerhatian ini. Upahnya dapat minum air kelapa pandan muda. Mmmmm.. sedaaap… Kena ais pula… yum.. yum..

Air Kelapa Pandan Muda - Yummy

Air Kelapa Pandan Muda - Yummy

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s