PADI SRI : 7 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

PADI SRI : Minggu Ke-1 Oktober, 2010 – Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

pH Tanah Pada Hari Menanam Adalah 6.2

pH Tanah Pada Hari Menanam Adalah 6.2

Pada hari menanam, pH tanah telah turun kepada 6.2. Ini adalah pH yang sesuai (padi memerlukan ph diantara 5.5 – 6.5). Lihat keadaan anak benih yang baru ditanam, dan perhatikan keadaan kelembapan tanah. Ini adalah keadaan tanah yang diperlukan semasa menanam, dan keadaan begini dibiarkan buat 3-4 hari sehingga keadaan tanah menjadi merekah. Dalam lawatan ke kawasan padi, saya selalu melihat keadaan padi yang ditanam secara tabur terus juga dibiarkan kering buat beberapa hari sebelum dimasukkan air.

30 Sep, 2010 - Hari 1 Selepas Menanam

30 Sep, 2010 - Hari 1 Selepas Menanam

Bagi melihat kadar pertumbuhan pokok, saya akan mengambil gambar Pak Tam pada tempat yang sama setiap kali melawat sawah ini. Ini adalah gambar pada hari 1 selepas menanam. Lihat keadaan tanah yang lembab, air acap-acap, dan anak benih baru mempunyai 2 helai daun.

7 Okt, 2010 - Hari 7 selepas tanam

7 Okt, 2010 - Hari 7 selepas tanam

Air tidak dinaikkan lagi buat sementara. Pada hari ke-7, kami datang balik dan melihat keadaan tanah sawah. Tanah sawah kering dan merekah. Saya berbincang dengan Khairi dan dia berkata, “Tanah gambut ni memang macam ni Mak Tam. Kalau kita masukkan air, rumput akan naik cepat dan akan kalah pokok padi. Tengok tu tanah kat sini merekah ikut garisan yang kita buat”, sambil menunding jari kepada petak-petak yang terjadi di tanah. Walaubagaimana pun, keadaan pokok padi yang baru berumur 7 hari itu nampak hijau dan sihat.

Pak Aep menyatakan bahawa keadaan kering ini memberi proses pengudaraan tanah yang diperlukan bagi mikrob dalam tanah membiak. Pada jangkaan saya, pihak JPS mungkin berminat untuk mengetahui banyak mana sebenarnya keperluan air bagi tanaman padi satu musim. Data ini akan menjadi panduan bagi pengiraan air untuk bekalan ke sawah padi keseluruhannya.

Khairi tidak kelihatan resah pun. Katanya, “Mak Tam jangan risau. Kat bawah permukaan tanah tu ada air”.

“Lagi pun hujan turun dua hari sebelum ni”, sambungnya lagi.

Sebenarnya, keadaan pokok padi nampak positif, jadi saya rekodkan. Oleh kerana pada hari ke-10 selepas tanam, kerja-kerja ‘melandak’, iaitu merumput dan mengaerasi tanah perlu dibuat, saya meminta Khairi menaikkan air kedalam sawah. Ini bermakna tanah sawah mendapat air acap-acap (fully saturated) pada permulaan hari menanam dan beberapa hari selepas itu. 3 hari tanah kering, dan kemudian akan dinaikkan air dalam sawah. Anak pokok yang berumur 7 hari ini melalui 3 keadaan tanah. Lembab, kering dan banjir.

7 Okt, 2010 - Hari 7 Selepas Menanam

7 Okt, 2010 - Hari 7 Selepas Menanam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s