PADI SRI : Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 3

PADI SRI : Minggu Ke-4 Sept, 2010 – Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 3

Anak Benih Diletak Dalam Tray

Anak Benih Diletak Dalam Tray

Anak benih diletak dalam tray sebegini, atau dalam apa-apa bekas yang bersesuaian. Di atas sekeping papan juga boleh asalkan akarnya dan biji masih terlekat. Dalam kaedah SRI ini adalah perlu diambil perhatian berat agar penanaman dibuat seberapa segera yang boleh, iaitu anak benih ditanam kurang daripada 30 minit selepas di ambil dari tapak semaian. Ini adalah memastikan akar anak benih tidak kering dan rosak terdedah kepada matahari.

Menanam Padi Mengikut Garisan

Menanam Padi Mengikut Garisan

Dalam hal menanam, pelbagai cetusan cadangan timbul. Ada yang nak tanam lebih daripada satu pokok pasal tak percaya satu anak benih boleh memberi hasil yang tinggi. Walaubagaimana pun, saya minta diteruskan dengan hanya satu anak benih pada setiap point. Juga supaya kedalaman ditanam hanya 1 cm sahaja. Tapi ditempat yang airnya agak tinggi, anak benih timbul, jadi terpaksa juga ditolak dalam sikit supaya tegak. Saya memerhati dan memastikan lokasi yang sebegitu. Pak Aep pernah memberitahu bahawa anak benih yang ditanam dalam akan kurang mengeluarkan bercambah. Saya ingin melihat kesan jika anak benih ditanam dalam.

Memisahkan anak benih dan menanam

Memisahkan anak benih dan menanam

Oleh kerana ingin mendapat pengalaman hands-on, saya juga turun untuk menanam. Menanam itu senang, iaitu hanya dengan mencalit pangkal anak benih ke tanah dan tarik ke point tanaman. Sementara itu jari tengah dan jari manis seretkan tanah ke pangkal pokok. Yang susah dan melambatkan bagi diri saya ialah untuk memisahkan anak-anak benih supaya dapat satu sahaja. Saya akan ambilkira dalam penyediaan manual kerja SRI tentang media yang sesuai digunakan supaya anak benih senang di pisahkan. Ini juga termasuk kepadatan benih di semai supaya tidak terlalu rapat sehingga menyukarkan pemisahannya semasa hendak menanam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s