PADI SRI : Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 2

PADI SRI : Minggu Ke-4 Sept, 2010 – Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 2

Anak Benih Padi Berumur 10 Hari

Anak Benih Padi Berumur 10 Hari

30 Sep, 2010 – Hari yang dinanti-nanti telah sampai. Anak benih telah berumur 10 hari. Orang menanam telah ditempah. Seramai 5 orang telah bersetuju untuk menanam, termasuk Saudara Nazri dan Khairi. Yang tiga orang lagi adalah wanita yang bekerja mengambil upah untuk membuang padi angin di sawah keliling. Mereka berasa hairan mengapa perlu menanam menggunakan tenaga manusia lagi, dan menggunakan hanya satu anak setiap point. Saya terangkan bahawa ini adalah satu percubaan menggunakan kaedah SRI. Rupanya Khairi juga telah menceritakan kepada mereka tentang SRI. Mereka menyatakan ‘dah lama orang tak buat menanam macam ni’, sambil ketawa.

Padi SRI : Anak Benih Berumur 10 Hari

Padi SRI : Anak Benih Berumur 10 Hari

Khairi membawa anak benih dari tapak semai dibelakang rumahnya. Ibu Nazri dan Khairi yang juga datang memberi pandangan. “Tempat yang buat tapak semai tu teduh sangat. Tengok anak benih jadi lembut dan panjang. Ni lain kali kena tanam kat tempat terang”, katanya dengan penuh serius. Pada saya ini adalah maklumbalas yang berharga datangnya dari mereka yang dulunya bertungkus-lumus bertani untuk menyara keluarga. Sepanjang masa selama berpuluh tahun memerhatikan pertumbuhan padi. Saya mengambil itu sebagai salah satu perkara yang perlu diperbetulkan pada musim hadapan, termasuk beberapa perkara teknikal yang lain. Precious feedback!

Che Pah - Ibu Kepada Nazri & Khairi

Che Pah - Ibu Kepada Nazri & Khairi

Inilah rupa anak padi yang berumur 10 hari. Lihat biji padi yang masih terlekat. Biji padi ini menjadi sumber makanan bagi anak benih untuk beberapa hari sebelum akar mula berfungsi sepenuhnya. Itulah penting biji padi masih lekat dan akar tidak rosak pada permulaan ini. Jika ada gumpalan tanah seperti tertera di gambar sebelah, lagi bagus untuk menjaga kelembapan pada akar dengan lebih baik.

Membuat Garisan 1 kaki jarak

Membuat Garisan 1 kaki jarak

Air disawah telah dikeluarkan sehari sebelum. Tapi oleh kerana tanah kurang rata dibahagian belakangnya, didapati permukaan tanah ada yang timbul dan ada yang tenggelam. Ini menimbulkan masalah semasa hendak menarik kayu penanda jarak tanaman. Di kawasan yang lebih kering, garisan jelas kelihatan. Bagi kawasan yang tenggelam, garisan senang hilang dari pandangan. Walaubagaimanapun, pengalaman pertama ini akan memberi banyak pengajaran kepada saya supaya boleh membuat perancangan kerja yang lebih terperinci dan mengemaskan manual SRI yang sedang dalam bentuk deraf.

Advertisements

One comment on “PADI SRI : Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 2

  1. Pingback: PADI SRI : Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 3 « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s