PADI SRI : Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor – Pt 1

PADI SRI : Minggu Ke-4 Sept, 2010 – Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor Pt 1

Selepas balik dari Kelantan, kami terus ke Sg Leman, Selangor untuk membuat persediaan menanam. Kapor dan baja organik telah ditabur pada minggu kedua September, 2010. Pada masa itu ph tanah adalah 4.5 dan ini adalah normal bagi kawasan tanah gambut.

Tanah Sawah Tidak Rata
Tanah Sawah Perlukan Perataan

Parit keliling telah siap dikorek dan air telah dialirkan ke dalamnya. Air juga telah dimasukkan ke tanah yang akan dijadikan sawah itu. Didapati bahagian belakang tanah tersebut lebih tinggi, dan secara menyeluruh permukaan tanah hanya diantara 8-10 cm dalamnya. Kedalaman seperti ini adalah tidak mencukupi untuk padi. Apa lagi apabila lapisan bawah tanah pulak merupakan lapisan tanah yang keras (tanah ini diusahakan dengan tanaman sayuran sebelum ini).

Setelah berbincang, keputusan telah diambil untuk membajak dan meratakan tanah sekali lagi sebelum menanam. Saudara Nazri bersetuju untuk membuat kedua kerja tersebut menggunakan jentera bajak dua-rodanya sendiri.

pH tanah 6.7
pH Tanah 6.7 Selepas Ditabur Kapor Dua Minggu Sebelumnya

pH tanah juga diambil sekali lagi, dan kesan daripada kerja pengaporan lebih awal telah menaikkan pH tanah kepada daripada 6.5 hingga 6.7. Tapi adalah dijangkakan pH akan turun kepada tahap yang lebih rendah selepas beberapa minggu. Kenaikan mendadak ini adalah reaksi tanah terhadap kapor. Juga perhatikan bahawa tanah di Selangor ini bergambut. Tanahnya hitam dan jika diteliti boleh dilihat bahawa hadir bahan organik yang belum reput dalam tanah.

Advertisements

One comment on “PADI SRI : Penanaman Mengguna Kaedah SRI di Selangor – Pt 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s