PADI SRI : Penanaman Di Tunjong, Kelantan – Pt 4

PADI SRI : Minggu ke-3 September, 2010 di Tunjong, Kelantan.

Penanaman dimulakan sejak pukul 7.00 padi. Ada dua orang lelaki yang sedang membuat penanaman. Saya melihat dengan nostalgia. Pak Aep baru naik dari sawah sebelah dan memberi penerangan cara menanam, dan bagaimana keadaan permukaan tanah semasa mahu menanam. Air diturunkan sehari sebelum sehinggalah permukaan tanah hanya basah acap-acap seperti dalam gambar di bawah. Air dalam parit keliling diparas tanah. Ini memastikan tanah sentiasa lembab bagi menampung pertumbuhan anak padi. Inilah pentingnya tanah mesti betul-betul rata supaya jangan ada tempat yang berlopak dan menyusahkan untuk menanam.

Lihat Keadaan Tanah Semasa Penanaman Dibuat - Basah Acap-acap

Lihat Keadaan Tanah Semasa Penanaman Dibuat - Basah Acap-acap

Sementara di sana, saya sempat bertemu dengan dua keluarga yang amat berminat untuk belajar mengusahakan padi SRI. Keluarga pertama adalah seorang ayah dan anak lelakinya yang akan menduduki SPM pada hujung tahun ini. Encik Suhaimi bin Abu Seman berasal daripada Pendang, Kedah dan datang pada pagi itu untuk turun menanam bersama-sama anaknya. Beliau merancang untuk menceburi penanaman padi organik.

Encik Suhaimi Abu Seman dan Anaknya Mohamad Afiq

Encik Suhaimi Abu Seman dan Anaknya Mohamad Afiq

Tidak berapa lama kemudian, tiba pula satu keluarga lagi, iaitu seorang ibu dan tiga orang anak perempuan yang masih dalam sekolah rendah. Puan Salwati bt Mohd Ariffin telah cuba menanam padi mengguna kaedah SRI di kampongnya (beliau orang tempatan) tetapi menghadapi kegagalan kerana kekurangan air. Walau pun begitu, semangat untuk meneruskan usaha yang murni ini ingin diteruskan. Dengan itu, setiap Jumaat, beliau dan anak-anak terus hadir ke Tunjong untuk menimba ilmu daripada Pak Aep. Beliau juga ingin memahirkan diri dalam menyediakan pelbagai cara membuat baja kompos dan campuran baja organik.

Puan Salwati Mohd Ariffin dan Tiga Orang Putrinya

Puan Salwati Mohd Ariffin dan Tiga Orang Putrinya

Pak Aep memberitahu saya bahawa ramai anak muda yang dibawa ke Tunjong untuk belajar mengenai padi SRi. Tapi dia tidak nampak penanaman padi SRI secara berluasan. Walaubagaimana pun, Tunjong terus menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin menimba ilmu SRI, termasuklah pelajar daripada UKM. Sila ke blog mereka SRI PADI. Dr Anizan Isahak dari UKM mengambil inisiatif dalam memperkenalkan SRI kepada kumpulan akademik dan industri.

“Dr. Anizan Isahak at the National University of Malaysia has created a research group at UKM called SRI-PADI. It includes soil scientists and plant physiologists together with a geneticist, a microbiologist, an environmental scientist, a food scientist, and an engineering geologist. The group plans to invite also mechanical engineers (to develop appropriate machines and implements for mechanization) and nutritionists (to assess the nutritional value of SRI rice). The group is seeking research funding and has conducted a workshop on organic SRI and will organize conferences on SRI. The group of UKM already has good connections with farming communities in rice-growing areas of Malaysia that can facilitate trials and evaluation.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s