PADI SRI : Penanaman Di Tunjong, Kelantan – Pt 3

PADI SRI : Minggu ke-3 September, 2010 di Tunjong, Kelantan.

Semai telah berumur 10 hari. Media yang digunakan untuk tapak semaian adalah dengan kadar 1 bahagian sekam bakar dan 1 bahagian najis lembu/kambing yang dihaluskan. Varieti-varieti padi yang disemai adalah Sintanur, Hijrah dan RQ74 (Maswangi).

Seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, bagi tanaman padi secara SRI ini, umur anak benih padi pada hari ditanam adalah diantara 8 – 12 hari. Anak padi diangkat dari tapak semai dan diletakkan kedalam sebuah dulang plastik (apa-apa bekas pun boleh digunakan).

Benih Diangkat Dari Tapak Semai

Benih Diangkat Dari Tapak Semai

Seeloknya, anak benih di tanam segera bagi mengurangkan ‘kejutan’ kepada anak benih itu. Ada pendapat yang menegaskan supaya anak benih ditanam tidak lebih daripada setengah jam selepas diangkat dari tapak semaian. Lagi cepat, lagi bagus.

Anak padi perlu diceraikan satu persatu dengan cermat bagi menjaga akarnya tidak tercabut atau rosak. Pastikan juga biji benih nya masih melekat pada anak pokok. Kehadiran biji benih ini memastikan anak padi mendapat bekalan makanan secukupnya untuk tumbuh.

Pak Aep berpendapat bahawa para wanita lebih sesuai menanam padi cara SRI ini kerana wanita lebih teliti dan cermat kerjanya. Pak Aep menunjukkan kepada saya cara menanam atau lebih sesuai dipanggil mencalit padi.

Anak Benih Padi Dengan Biji Benih Masih Melekat

Anak Benih Padi Dengan Biji Benih Masih Melekat

Anak padi diceraikan dan hanya satu sahaja dipegang pada pangkalnya. Jika masih ada gumpalan media semai juga adalah lebih baik. Gunakan jari penunjuk untuk meletakkan anak benih jauh sedikit (3 cm) dari point menanam. Seretkan pangkal anak pokok dan akarnya dan berhenti di point menanam. Kedalaman tidak melebihi 1 cm.

Pak Aep menyatakan bahawa untuk kita tahu padi ditanam terdalam atau tidak ialah dengan melihat percambahan anak pokok padi. Jika percambahannya kurang daripada yang lain, kemungkinan besar anak benihnya tertanam dalam.

Pak Aep berkata sambil mengambil anak rumput, “Saya belajar dari memerhati pertumbuhan anak rumput. Jika ia hanya diletakkan dipermukaan tanah, pertumbuhannya amat cepat dan subur. Begitu jugalah anak padi. Jadi tidak payah anak padi ditanam dalam. Walau pun ia ditanam cetek, sehinggakan daunnya condong atau jatuh mencecah tanah, ia akan segera tegak dan tumbuh dengan segar sekali.”

Cara Menanam Dengan Betul

Gunalah Cara Menanam Dengan Betul Untuk Memanfaatkan Kaedah SRI

Tanam/Calit Satu Anak Pada Satu Point

Tanam/Calit Satu Anak Pada Satu Point

Advertisements

3 comments on “PADI SRI : Penanaman Di Tunjong, Kelantan – Pt 3

  1. Pingback: Padi SRI Selangor: Ilmu SRI Mencetus Paradigma Baru « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s