PADI SRI : Penanaman Di Tunjong, Kelantan – Pt 2

PADI SRI : Minggu ke-3 September, 2010 di Tunjong, Kelantan.

Pak Aep membuat lorong selebar 2 kaki setiap 4 baris padi. Ini adalah lorong untuk memudahkan kerja-kerja di sawah. Oleh itu, kayu pembaris yang lain pula digunakan untuk garisan melintang. Bagi mengadakan lorong itu, kayu pembaris yang lain digunakan.  Sila lihat gambar dibawah dan teliti bahawa ada ‘gigi’ penggaris yang tiada, dan ini akan menjadi lorong selebar 2 kaki.

Kayu Penggaris Yang Ada 3 Lorong

Kayu Penggaris Yang Ada 3 Lorong

Sekarang akan dibuat garisan melintang. Kayu penggaris diletak berhampiran dengan tali yang satu lagi (melintang dari tali pertama). Gunakan tali sebagai panduan, dan tarik. Kerja ini akan membuat petak-petak 1 kaki persegi, serta garisan untuk lorong. Sila lihat gambar di bawah ini.

Garisan Lorong Dan Petak Berpandukan Tali Penanda

Garisan Lorong Dan Petak Berpandukan Tali Penanda

Pak Aep memberi panduan agar lorong dibuat mengikut arah timur-barat supaya lebih cahaya matahari dapat menembusi tanaman padi sepanjang pertumbuhannya.  Lebih cahaya dan ruang yang selesa ini tidak digemari oleh tikus, katanya. Walaubagaimana pun, itu terpulang kepada pengusaha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s