PADI SRI : Latihan Sehari Bersama Pak Aep

PADI SRI :  Minggu Ke-3 September, 2010 di Sg. Leman, Sabak Bernam, Selangor. Sebalik kami daripada Kelantan, Pak Tam dan saya membincangkan langkah seterusnya. Sepanjang jalan, kami bertukar pendapat. Pak Tam berasa sangat teruja dengan padi SRI kerana potensinya. Saya masih memproses maklumat yang banyak kami dapati daripada lawatan ke Kelantan.

Semasa itu kawasan Sawah Sempadan, Sg Burong dan Sekinchan telah siap menanam. Kawasan Sg Leman telah mula dan hampir selesai bertanam bagi seluruh kawasan ini. Jika percubaan padi SRI tidak dibuat segera, maka terpaksa menunggu 6 bulan lagi baru boleh mula.

Tanah Bekas Tanam Sayuran di Sg Leman

Tanah Bekas Tanam Sayuran di Sg Leman

Akhirnya, kami bertemu Saudara Khairi dan abangnya, Saudara Nazri. Persetujuan dibuat agar tanah sawah sedia ada tidak dilibatkan kerana itu adalah punca pendapatan mereka berdua. Kami bersetuju menggunakan kawasan bekas bertanam sayur.

Tapi ada lagi masalah yang mana kesemua kami tidak ada pengetahuan, apa lagi pengalaman mengenai padi SRI. Oleh itu, Khairi dan saya bergegas ke Tunjong, Kelantan untuk mendapat latihan dan pendoman daripada Pak Aep sendiri. Sepatutnya Nazri bersama kami, tetapi atas sebab kesihatan, dia tidak dapat pergi.

Kami sampai ke Tunjong pada sebelah petang dan terus mengambil kesempatan berjumpa Pak Aep. Kami menyatakan hasrat kami untuk belajar dengannya pada keesokan harinya.

Pagi esoknya, jam 7.30 pagi kami telah terpacak di Tunjong. Pak Aep berada di tengah sawah. Sepanjang hari, kami duduk mendengar panjang lebar mengenai amalan padi SRI. Banyak soalan yang diajukan oleh Khairi kepada Pak Aep.

Pak Aep Memberi Penerangan Padi SRI

Pak Aep Memberi Penerangan Padi SRI

Yang paling dirisaukan oleh Khairi adalah serangan makhluk perosak dan penyakit. Pak Aep menyatakan bahawa dengan pengamalan SRI, pokok padi menjadi sihat dan kuat. Jika ada serangan pun, masih boleh dikawal dengan semburan campuran organik daripada jenis tanaman terpilih. Khairi nampak kurang puashati dengan penerangan itu.

Kemudian kami ke sawah melihat tapak semaian yang sedang disediakan. Khairi membelek alat-alat yang digunakan untuk membuat garisan 1 kakix 1 kaki di tanah sawah, alat untuk ‘melandak’ iaitu merumput dan aerasi tanah, serta cara menanam. Berkajang-kajang kertas untuk merekodkan semua ilmu yang dicurahkan oleh Pak Aep kepada kami. Sebelum sampai saya telah berkata kepada Khairi, “Atan, nanti kau dengar dan tanya banyak soalan kepada Pak Aep, Mak Tam akan tulis”. Itu lah yang kami buat sepanjang lawatan kami.

Advertisements

2 comments on “PADI SRI : Latihan Sehari Bersama Pak Aep

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami. Saya berminat untuk tahu jenis mesin yang boleh menanam 1 anak benih satu point, dengan jarak 1 kaki diantara barisan dan 1 kaki dalam barisan. Jika tuan ada maklumat tersebut, harap hubungi saya melalui mesej facebook saya di http://www.facebook.com/noorazimah.taharim
    Terima kasih banyak.

  2. Syabas kerana telah berusaha untuk menguruskan padi secara organik.

    saya juga telah beberapa kali pergi ke tunjung untuk melihat dan mempelajari teknik pengurusan padi dari sana.

    saya adalah petani dari kawasan KETARA Besut. (http://www.padigongtebu.blogspot.com) kawasan saya dikenali sebagai ‘Projek Sawah Gemilang Mekanisasi Gong Tebu” Projek dimulakan dengan penanaman ‘Pulut Siding’

    Hasil daripada lawatan ke Tunjung, pihak kami telah mencuba mencedung sepokok seperti yang diamalkan di tunjung. alhamdulillah bilangan anak padi purata 40 pokok. Malangnya kami tidak dapat menguruskn secara organik/semulajadi kerana pelbagai faktor. insya allah kami akan mulakan pada musim ini.

    saya doakan selamat berjaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s