PADI SRI : Kesuburan Tanah Sawah

PADI SRI : Oleh kerana keterbiasaan kita dengan keadaan sawah yang sentiasa dibanjiri sepanjang tempoh pertumbuhan pokok padi, kita hanya menilai kesuburan tanah daripada pHnya, kandungan NPK dan nutrien mikro yang perlu sahaja.

Agaknya kerana telah dilatih daripada sekolah, kemudian ke Universiti, bahawa itulah penilaian kesuburan tanah. Tapi bila saya ke Tunjong, Kelantan, dan di dedahkan cara melihat kesuburan tanah daripada sudut sejahteraan alam sekitar, agak tersedar daripada lamunan teknologi terkini.

Saya ingat dahulu, mengail ikan di tepi sawah menghasilkan banyak ikan seperti puyu, keli haruan dan belut. Beberapa bulan yang lalu, saya tereserempak dengan seorang penduduk tempatan Sg Haji Dorani, Sabak Bernam yang sedang menangkap belut. Saya minta tengok belut yang telah ditangkap dan diletak didalam sebuah timba plastik.

Katanya, “Dulu, dalam sehari saya boleh tangkap antara 7 hingga 9 kilo belut ni. Kalau sekarang, nak dapat banyak tu, kena lah sekurang-kurangnya seminggu”.

Sila ke blog Steps Toward Mardhatillah yang membincangkan mengenai kewajipan manusia menjaga kesejahteraan alam dalam postnya bertajuk “Kaedah Organik: Satu Pengamatan Ringkas”.

Saya juga tertarik dengan perbualan dengan seorang tokoh di Kelantan yang digelar Cikgu Nikman. Beliau seorang yang amat perihatin kepada hilangnya tahap berdikari orang kampong. Katanya, “Sekarang ini orang kampong hilang kebebasan hidup senang. Semua keperluan hidup perlu dibeli termasuk makanan harian. Dulu orang kampong boleh hidup tanpa wang. Sekarang ini beras, ikan dan sayur perlu dibeli. Perlu ada wang. Dapur pakai gas, dan bila harga gas dapur naik, orang kampong lagi terhimpit”. Saya mengutarakan ini adalah sekadar renungan bersama bagi mereka yang umur seangkatan dengan saya. Mungkin bagi golongan muda, perkara ini tidak berapa terasa.

Satu lagi blog post (bahasa Inggeris) untuk tatapan http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/24/kelantan-very-own-sri-organic-paddy-field/ (gambar di bawah adalah daripada blog Syed Azidi Aziz)

Ikan Mula Boleh Hidup Dalam Sawah

Ikan Mula Boleh Hidup Dalam Sawah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s