PADI SRI : Penanaman Padi SRI di Indonesia – Video 4/4

PADI SRI : System of Rice Intensification SRI Bahasa Indonesia Pt4 (8:37 minit)

Ringkasan video ke-4:

1. Kesimpulan.

  • SRI adalah mengenai tanaman yang sihat.
  • Akar padi yang tumbuh besar dan sihat, serta tumbuh ditanah yang subur dan cukup penudaraannya, sudah tentu akan mengeluarkan anak yang banyak.
  • Batang padi yang subur akan mengeluarkan banyak butir padi.
  • Teknik SRI membuat tanaman tumbuh dengan terbaik.
  • Pada peringkat awal pertumbuhan padi, pokok padi akan kelihatan kurang baik. Keadaan pokok akan berubah dan membaeri hasil yang tinggi.

2. Ulangan:

  1. Pilih benih menggunakan air garam. Ambil yang tenggelam sahaja kerana ini adalah bijji padi yang lebih padat dan akan tumbuh dengan subur.
  2. Tambah kompos atau bokashi ke sawah untuk tingkatkan bahan organik. Ini akan menjaga struktur dan kesuburan tanah.
  3. Siapkan sawah dengan baik, dan buat garisan jarak yang dikehendaki (25 cm x 25 cm).
  4. Tanam benih yang muda iaitu berumur 8 – 12 hari sahaja. Tanam dengan berhati-hati dan dengan segera. Tanam anak benih satu pada setiap ‘point’.
  5. Air dikawal dari selepas tanam dengan digilirkan basah dan keringnya. Air dimasukkan cetek semasa tanaman padi mula berbunga hingga 10 – 15 hari sebelum menuai.
  6. Merumput dan aerasikan tanah sekurang-kurangnya dua kali.

 

Baca apa kata Anischan Gani seorang pegawai penyelidik padi: 

“SRI ini mengejutkan bagi petani. Bahkan bagi sebahagian teman-teman peniliti. Umumnya petani tidak percaya bahawa dengan menanam bibit muda yang tunggal itu kita akan mendapatkan hasil yang lebih baik. Apa lagi dengan penambahan bahan organik. Namun setelah mereka melihat hasilnya di lapangan mereka terkejut. Ooohh. Kuk bisa demikian, ya? Memang, demikianlah. Sehingga saya fikir secara otomatis SRI ini akan berkembang diantara petani sendiri kerana mereka melihat dan mencubakan dan mengetahui hasilnya.”

PADI SRI

Advertisements

One comment on “PADI SRI : Penanaman Padi SRI di Indonesia – Video 4/4

  1. Pingback: Padi SRI Selangor: Pelancaran Buku Membuat dan Mengguna Produk SRI Organik | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s