PADI SRI : Penanaman Padi SRI di Indonesia – Video 3/4

PADI SRI : System of Rice Intensification SRI Bahasa Indonesia Pt3 (9:03 minit)

Video ke 3 menerangkan perkara-perkara berikut:

1. Pengelolaan air.

  • Tanah perlu di aerasi (diudarakan) bagi membolehkan udara masuk ke dalam tanah. Oleh itu permukaan tanah diberi air acap-acap (permukaan tanah lembab sahaja).
  • Ini memudahkan oksigen dan nitrogen berada disekitar akar, dan akar dapat bernafas.
  • Akar padi yang sentiasa digenangi air mengalami kerosakan kepada akar, dan ini mengurangkan keupayaannya mengambil nutrient.
  • Tanah sawah dibiarkan tiada air diantara 3 – 6 hari sehingga tanah mengering dan kemudian merekah. Masukkan air acap-acap untuk beberapa hari, kemudian dikeringkan balik. Ini diulang sehinggalah tanaman padi mula berbunga.
  • Apabila padi mula berbunga, air dimasukkan dan dibiar menenggelami tanah sedalam 1 – 2 cm. Air dibuang 10 hari sebelum padi di tuai.

2. Pengurusan rumpai.

  • Rumput cepat tumbuh bila tanah basah acap-acap, oleh itu perlu dibuang segera.
  • Merumput dijalankan mengguna alat yang mudah iaitu seperti pencakar tanah, serta innovasi sepertinya.
  • Merumput perlu dibuat 10 hari selepas menanam, dan diulang 10 hari lagi. Jika perlu, 10 hari kemudian.
  • Disamping merumput, pengudaraan tanah juga berlaku pada masa yang sama. Ini baik untuk akar. Rumput juga akan menjadi bahan baja.

3. Tanah yang sihat.

  • Tanah harus gembur dan banyak bahan organik.
  • Tanah mengandungi banyak bakteria dan kulat, serta mikro organisma yang baik untuk tanah. Makhluk hidup kecil yang banyak dalam tanah bantu menjaga kesuburan tanah, dengan memudah pengambilan nutrient.
  • Menambah kompos dalam tanah meningkatkan kehadiran pelbagai organisma yang membantu menyuburkan tanah.
  • Sediakan kompos disawah pada waktu antara musim. Kompos boleh dibuat daripada jerami dan apa-apa tumbuhan yang ada disawah dan di sekelilingnya.

 
PADI SRI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s