PADI SRI : Penanaman Padi SRI di Indonesia – Video 2/4

PADI SRI : System of Rice Intensification SRI Bahasa Indonesia Pt2 (7:42 minit)

1. Pemilihan benih terbaik.

  • Pilih benih menggunakan larutan garam (150 gram garam dalam 1 liter air)
  • Buang semua benih yang timbul. Guna hanya padi yang tenggelam untuk dijadikan benih.

2. Menyemai benih.

  • Tapak semai disediakan tinggi sedikit tapi mudah mendapat air.
  • Taburkan bahan kompos ke atas tapak.
  • Tabur benih secara agak jarang daripada biasa agar mudah mencabut dan memisahkan benih semasa hendak ditanam.
  • Tutup tapak semaian dengan daun kelapa atau jerami.

3. Penyediaan tanah sawah.

  • Tanah dibajak (rotor) dan ditaburkan kompos.
  • Tanah yang telah dibajak hendaklah diratakan.
  • Masukkan air ke sawah dan setelah tanah basah, tarik kayu pembaris untuk membuat garisan jalur dengan jarak 25 cm. Tarik sekali lagi secara melintang untuk mendapat bentuk ‘kotak’ 25 cm x 25 cm (1 kaki x 1 kaki).
  • Jarak tanaman yang jauh dan tanam hanya 1 anak benih pada satu ‘point’ membuat akar pokok padi tumbuh besar dan dalam.

4. Penanaman.

  • Gunakan anak benih muda berumur diantara 8 – 12 hari, dan gumpalan tanah masih melekat pada akar.
  • Anak benih ditanam hanya satu anak benih dengan jarak 25 cm x 25 cm (1 kaki x 1 kaki). Jarak ini boleh ditambah kepada 30 cm, 40 cm atau 50 cm setelah kaedah SRI dibuat beberapa kali. Di Madagaskar menggunakan jarak 1m x 1m (iaitu 4 benih per meter persegi) kerana apabila kaedah SRI digunakan beberapa kali, keadaan kesuburan tanah makin bertambah.
  • Jika ditanam beberapa anak benih pada satu ‘point’, akar pokok-pokok akan saling berebut pemakanan.
  • Kebaikan menanam satu anak benih pada satu ‘point’.
  • Akar akan tumbuh lebih banyak dan panjang.
  • Setiap rumpun mempunyai lebih banyak anak.
  • Batang padi juga lebih besar.
  • Hasil padi bertambah dengan banyak.

PADI SRI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s