PADI SRI : Mukadimah

PADI SRI : Rupanya nak menuntut ilmu SRI ini bukannya perkara yang ‘straight forward’. Soalan pertama yang ditujukan oleh Pak Aep kepada kami adalah, “Datang ini hendak belajar apa sebenarnya?”.

Maka jawapannya adalah, “Nak belajar cara menanam padi menggunakan kaedah SRI”.

Pak Aep tanya lagi, “Itu saja?”.

Saya jawap ringkas, “Ya”.

Pak Aep the Philosopher

Ujar Pak Aep seterusnya, lebihkurang begini, “SRI tidak mempunyai makna jika hanya belajar cara menanam padi sahaja. SRI adalah satu perjuangan kesinambungan kemanusiaan, duniawi dan akhirat.

Para kapitalis telah banyak merosakkan bumi ini dengan mengusahakan pelbagai tanaman ekonomik.  Telah melemahkan tanah pertanian dengan penggunaan pelbagai jenis bentuk kimia yang mematikan makhluk-makhluk yang membantu menjaga kesuburan dan kesejahteraan tanah di bumi ini.

Tapi sebenarnya kepada siapa semua keuntungan itu pergi? Cuma kepada segelintir orang tertentu sahaja.”

“Cuba tengok gunung-gunung yang tinggi. Siapakah yang membajanya sehinggga sepanjang zaman dari dulu hingga sekarang sentiasa hijau?”

Dalam hati saya berkata, “Woah! Dalam maknanya ni..”

“Cuba baca ayat pertama Al-Fatihah yang membawa maksud: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” , dan sambungnya lagi, “Bukankah Allah yang menguruskan alam dan semua kejadian diatasnya.”

 

Tanah subur untuk kesinambungan kehidupan sejagat

Tanah subur untuk kesinambungan kehidupan sejagat

 

Terdiam saya sejenak kerana cuba membetulkan ‘alignment’ pemikiran saya terhadap hajat saya datang ke Kelantan. Datangnya saya untuk mengetahui secara zahirnya apa itu SRI, bagaimana menggunakannya, dan tahap tertinggi keuntungan yang boleh saya perolehi daripada SRI itu sendiri. Sekarang saya dibawa kepada tahap penghayatan SRI yang lebih kerohanian.

Pak Aep Pak Aep menyoroti perbincangan mengenai keadaan bumi yang mengalami pemanasan global. Keadaan tanah pertanian yang telah ‘mati’ ditimbunkan pelbagai jenis baja kimia dan racun makhluk perosak tanpa henti bagi mencapai penghasilan yang menguntungkan. 

Beliau mengungkap pengalaman hidup orang-orang dikampung pada masa dulu yang mana sawah kaya dengan ikan seperti belut dan keli. Tanah sawah kaya dengan pelbagai jenis hidupan semulajadi yang meyuburkan tanah dengan bahan organik. Jutaan mikroorganisma memainkan peranan menyediakan tanah sawah untuk menampung penanaman padi yang berpotensi menyumbangkan hasil paling tinggi yang mampu dicapainya.

Saya tanya, “Berapa tinggi hasil padi boleh dicapai menggunakan kaedah SRI?”. Tanpa berkedip mata, beliau menjawab, “16 tan sehektar itu bisa saja.. 18 tan sehektar juga boleh.. malah 20 tan juga mampu!”. Terkedu saya sejenak. Hati tertanya apakah rahsia SRI ini sebenarnya…

Hampir dua jam kami berbincang. Secara ringkasnya saya merumuskan bahawa SRI adalah satu sistem penanaman yang mementingkan peningkatan kesuburan tanah secara semulajadi, dan dalam jangkapanjangnya menjaga kesihatan petani serta konsumer produk pertanian. Kaedah SRI ini mengutamakan sumber-sumber semulajadi yang berada dipekelilingan setempat (local environment) dan semestinya mesra alam (environmental friendly). Jadi adalah tidak salah jika pejuang SRI sinonim dengan perjuangan mereka yang dari pergerakan organik. Keduanya mempunyai wacana yang sama – kesatuan fikiran dan keyakinan yang sama utuh mengenai kelangsungan kehidupan masa depan yang sihat dan sejahtera.

 
Secara ringkas, pemahaman saya mengenai SRI ialah kaedah ini ingin mengembalikan tanah kepada peranannya yang telah ditentukan. Kita diamanahkan untuk menjaga agar tanah pertanian dapat terus boleh menampung kehidupan manusia, iaitu dengan menjaga kesuburan tanah dengan mengembalikan ‘roh’nya. Tanah yang sihat akan dapat terus mengeluarkan hasil mahsul bagi tujuan makanan manusia dan binatang, seterusnya kesinambungan kehidupan alam sejagat, termasuk makhluk-makhluk seni yang terdapat dalam ekosistem tanah. Satu mikro kosmos kehidupan yang saling memerlu diantara satu sama lain bagi terus menjaga kesuburan tanah itu sendiri dalam penanaman padi SRI.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s