PADI SRI : Apa yang berlainan mengenai SRI?

PADI SRI : Ramai dari kalangan kita yang bekerja dalam jabatan/syarikat berasaskan pertanian, lebih mengenali dan rasa selesa mengesyorkan pelbagai jenis baja kimia dan racun makhluk perosak bagi tujuan meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Setiap tahun makin ramai orang yang memerlukan makanan terutamanya beras. Jadi, usaha-usaha kearah meningkatkan hasil padi adalah amat wajar sekali, dan segala bentuk usaha wajib dibuat untuk mencapai tujuan itu.

Fr. Henri de Laulanie

Fr. Henri de Laulanie - Pengasas SRI

SRI ini adalah hasil kerja lebih daripada 30 tahun seorang berbangsa Perancis bernama Fr. Henri de Laulanie bersama petani-petani di Madagascar sekitar 1980an. Pada tahun 1994, Cornell International Institution for Food, Agriculture and Development (CIIFAD) bekerjasama dengan sebuah badan NGO iaitu Association Tefy Saina (ATS) meluaskan penggunaan SRI di Madagascar Timur. SRI juga dicuba di Cina, India, Indonesia, Filipina, Sri Langka, dan Bangladesh dengan hasil yang positif.

Peningkatan hasil SRI ada yang berlipatganda iaitu dari 2 tan/hek kepada 8 tan/hek, malah sehingga 10-15 tan/hek. Terlintas dibenak saya bahawa bagi petani usahawan di Selangor, 8-10 tan/hek adalah perkara biasa. Tapi jika ada cara yang boleh menggandakan hasil kepada 15-18 tan/hek, alangkah bertuahnya menjadi petani! Barulah pesawah di Malaysia merangkul satu tahap status yang setaraf petani di Jepun dan Korea. Lebih baik lagi jika peningkatan hasil ini tidak melibatkan tambahan kos yang berganda.

Jadi soalannya sekarang ialah apakah yang berlainan mengenai SRI dibandingkan dengan cara penanaman padi konvensyenel? Saya diberitahu bahawa ada 6 prinsip penanaman padi secara SRI, iaitu:-

  1. Anak benih padi harus kurang daripada 12 hari umurnya, dan biji padi mesti masih melekat, serta mempunyai 2 helai daun.
  2. Anak benih ditanam hanya satu anak setiap ‘point’ dengan jarak 30 sm x 30 sm (1 kaki x 1 kaki), 35 sm x 35 sm, atau lebih jarang.
  3. Pemindahan anak benih harus segera dibuat (kurang daripada 30 minit), pastikan akar tidak putus, dan ditanam cetek.
  4. Tanah sawah hanya mempunyai air acak-acak hingga tanah merkah pada ketika tertentu, dan bila dimasukkan air, tidak melebihi 2 sm dalam.
  5. Kerja merumput dan mengaerasi (for aeration) tanah dibuat 10 hari selepas menanam, dan diulangi 2 atau 3 kali lagi setiap 10 hari.
  6. Hanya menggunakan baja organik sahaja (termasuk kompos, dan ‘green manure’).

Benak saya bertanya, “Dapatkah baja kompos sahaja menampung keperluan tanaman padi selama 4 bulan? Macam mana nak kawal serangga perosak dan penyakit? Ini serupa macam kita ‘gostan’ kebelakang seperti 30 tahun yang lalu dimana memerlukan ramai tenaga manusia untuk menanam dan merumput.”

Tapi hati kecil saya melarang membuat ‘judgement’ terlalu awal mengenai SRI. Belum pun dapat maklumat terperinci dan mencuba cara penanaman padi SRI, sudah memberi pelbagai sebab mengapa ia tidak boleh dilakukan. Saya perlu melapangkan minda untuk meneruskan pengembaraan nurani ini. Saya perlu ke Kelantan untuk mencari jawapan kepada banyak soalan yang berkitar dikepala.

Advertisements

One comment on “PADI SRI : Apa yang berlainan mengenai SRI?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s