Rice for life

Beras – bijirin yang menjadi satu kemestian di dalam setiap dapur di Asia.

Beras merupakan makanan yang bernutrisi tinggi, tahan lama dan mudah untuk dimasak. Beras yang berasal dari padi merupakan tanaman bijirin tertua. Dipercayai mula ditanam di China, padi kini tumbuh di pelbagai habitat: dari kesejukan kawasan kaki pergunungan Himalaya sehingga ke gurun tandus Pakistan, Mesir dan Iran. Padi boleh ditanam sebagai tanaman kering, di dalam sawah ataupun di kawasan tanah tinggi. Asia merupakan pengeluar utama beras dengan jumlah pengeluaran merangkumi 93% daripada pengeluaran beras dunia dan dijadikan makanan ruji oleh separuh penduduk dunia.

Mitos dan Fakta Mengenai Beras

Mitos 1 : Makan nasi selepas jam 7.00 malam akan menambahkan berat badan.
Fakta 1 : Waktu makan tidak harus dipersalahkan, persoalannya adakah anda mengimbangi pemakanan anda dengan senaman yang mencukupi.

Mitos 2 : Karbohidrat akan menambahkan berat badan.
Fakta 2 : Karbohidrat terutama sekali dari beras merupakan sumber kalori penting yang rendah kandungan lemak. Masalah terbentuk apabila karbohidrat diambil secara berlebihan bersama-sama dengan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi.

Mitos 3 : Pemakanan yang berkarbohidrat rendah dan berprotein tinggi adalah lebih digalakkan.
Fakta 3 : Pengambilan protein yang berlebihan tanpa karbohidrat akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Satu kajian mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah akan naik berat badan dengan lebih cepat lagi sebaik sahaja mereka mengakhiri pemakanan tersebut.

Mitos 4 : Pemakanan yang menghadkan pengambilan karbohidrat ataupun tanpa karbohidrat bersama pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan lemak adalah lebih sihat.
Fakta 4 : Zat vitamin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat penting untuk badan kita. Tanpa karbohidrat, badan tidak dapat menyerap zat-zat vitamin dengan sempurna dan menyebabkan kekurangan khasiat. Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kesihatan kita.

Nasi merupakan makanan unggul bagi keperluan pemakanan khas. Separuh cawan sajian nasi beras putih membekalkan 103 kalori tenaga. Beras adalah karbohidrat kompleks tanpa kolestrol, rendah kandungan lemak dan sodium, bebas daripada gluten, tinggi kandungan fiber dan tidak menyebabkan alergi serta mudah dihadam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s