Sektor Padi Selangor Catat Hasil Pengeluaran Tertinggi

5 January 2010

Sektor pertanian padi di Selangor mencatatkan kemajuan ketara dengan hasil pengeluaran berlipat-ganda berbanding dua tahun sebelum ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengeluaran padi per hektar di Sabak Bernam dan Kuala Selangor antara yang tertinggi di Malaysia.

“Pada ketika ini, purata hasil bersih yang dicatatkan bagi negeri Selangor berjumlah 5.1 tan tinggi sehektar. Purata hasil bersih padi pada kadar 5.1 tan sehektar meletakkan negeri Selangor sebagai negeri yang mencapai purata bersih yang tertinggi dalam negera” ujar Khalid lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan pencapaian sektor pertanian padi negeri ke hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj.

Sultan Sharafuddin mencemar duli berangkat ke kawasan jelapang padi di Barat Laut Selangor meninjau perkembangan sektor tersebut.

Tuanku diiringi Tan Sri Khalid berkenan melawat Kampung 15, Simpang Lima, di Sungai Nipah untuk melihat kesejahteraan penduduk dan kebajikan para petani di bawah naungan Tuanku.

Seramai 9,322 orang penduduk di kawasan ini bergantung hidup dengan aktiviti bersawah sebagai sumber pendapatan.

“Kerajaan negeri sudah memulakan usaha melaksanakan enam projek dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor. Satu daripada projek adalah khusus bagi meningkatkan hasil padi para pesawah yang merupakan pengeluar ruji penduduk negara ini”.

Dalam memacu ekonomi pertanian ini, kerajaan negeri telah mewujudkan Pelan Pembangunan Jangka Panjang selama 5 tahun bermula 2009 sehingga 2013.

Ianya mensasarkan purata bersih pada tahap 5.1 tan sehektar dapat ditingkatkan kepada 7.5 tan sehektar pada tahun 2013.

“Program ini juga dijangka berjaya menambahkan pendapatan per kapita petani daripada RM 14,475 kepada RM 20,475. Peningkatan ini boleh memanfaatkan seramai 9,322 pesawah”.

Selepas mendengar sembah ucapan dan taklimat daripada Jabatan Pertanian Selangor, Tuanku turut berkenan menuai padi menggunakan jentera mesin menuai dengan diiring Tan Sri Khalid.

TV SELANGOR

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s