Pengeluaran Padi Dijangka Merosot Pada 2009

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 6 Okt (Bernama) — Pengeluaran padi global pada 2009 dijangka sekitar 668 juta tan metrik, 3.0 peratus kurang daripada tahun lepas manakala harga beras kemungkinan turun lagi, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).

FAO di dalam “Rice Market Monitor” berkata penurunan itu menunjukkan keadaan iklim yang tidak baik di negara Asia yang terletak di utara hemisfera, yang hampir melakukan penuaian utama pada 2009.

Walau pun begitu, pengeluaran pada 2009 dijangka masih tinggi, yang kedua tertinggi selepas catatan pada 2008.

FAO berkata hujan tidak menentu di Asia telah menurunkan pengeluaran padi pada 2009, yang dijangka berjumlah 601 juta tan metrik, yang bakal menghasilkan 22 juta tan metrik atau turun 4.0 peratus daripada 2008.

Penurunan itu jelas kelihatan di India, Taiwan, Iraq, Jepun, Korea Selatan, Nepal, Pakistan, Sri Lanka dan Thailand.

Bagaimana pun, angka itu diseimbangkan dengan peningkatan pengeluaran di Afghanistan, Bangladesh, Kemboja, China, Indonesia, Iran, Malaysia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Pengeluaran padi di Afrika dijangka sekitar 25.4 juta tan metrik, seperti yang dicatatkan pada 2008.

Perdagangsn beras global juga diunjurkan meningkat 2.0 peratus kepada 30.7 juta tan metrik, berikutan kenaikan import dari Filipina, 27 negara Kesatuan Eropah dan negara-negara di Timur Tengah manakala Bangladesh, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Turki dan negara di barat Afrika, dijangka mengurangkan import.

FAO menjangkakan perdagangan beras pada 2010 dicatatkan 30.3 juta tan metrik, kurang 1.0 peratus daripada unjuran 2009 dan turun 400,000 tan metrik berikuran pengurangan permintaan dari pengimport utama Brazil, Indonesia dan Filipina.

BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s