Food vs Fuel (bahagian 2)


Makanan sebagai bahan api

Bank Dunia telah merumuskan dalam satu kajiannya penjanaan biofuel telah meningkatkan harga bahan makanan sebanyak 70 hingga 75% pada tahun ini sahaja. Peningkatan harga petroleum dunia sejak 2003 telah meningkatkan permintaan kepada biofuel. Mengubah minyak sayuran kepada biodiesel kini tidak begitu sukar dan kosnya lebih murah dari diesel. Petani kini lebih memilih untuk menanam tanaman bagi menghasilkan biofuel kerana harga yang ditawarkan di pasaran jauh lebih baik berbanding dengan harga makanan. Dengan pelbagai insentif dan subsidi yang diberikan oleh negara-negara besar bagi menggalakkan pengeluaran biofuel, penghasilan biofuel semakin berkembang dengan pesat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, petroleum dilihat tidak akan bertahan lebih lama lagi dan sumber bekalan dunia dijangka akan habis menjelang 5 dekad akan datang menyebabkan negara-negara maju beralih kepada penghasilan biofuel.

Mengapa biofuel semakin diminati?

Kos – harga petrol (gasolin) US$3.10/gelen, harga biodiesel pada US$2.90/gelen dan harga (ethanol) E85 pada US$2.55/gelen. Biofuel lebih murah dan lebih menjimatkan.

Pembebasan gas rumah hijau – petrol membebaskan 19 paun karbon dioksida bagi setiap satu gelen.

Selain itu, biofuel merupakan satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui berbanding petroleum.

Adakah harga biofuel akan terus kekal murah?

Meningkatkan pengeluaran jagung dan gandum bagi menghasilkan biofuel akan meningkatkan penggunaan baja – dan baja dihasilkan dari petroleum. Jika harga petroleum dunia terus meningkat, harga baja akan turut juga meningkat seterusnya menambahkan lagi kos pengeluaran. Hasilnya, produk pertanian seperti jagung dan gandum akan menjadi mahal yang seterusnya meningkatkan harga biofuel.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, meningkatkan pengeluaran jagung dan gandum bagi biofuel akan meningkatkan harga makanan haiwan ternakan, seterusnya meningkatkan harga daging dan produk makanan berasaskan daging. Jika harga makanan bijirin dan daging meningkat, harga biofuel juga akan turut meningkat.

Apakah peranan negara pengeluar dan kuasa besar di dalam perkara ini?

Penduduk dunia kini dihimpit dengan pelbagai beban; peningkatan kos bahan api, kekurangan makanan dan masalah kewangan yang digelar sebagai 3F (fuel, food and finance). Formulanya mudah, harga bahan api mahal + harga makanan mahal + kos hidup meningkat = beban kewangan.

Bantahan serta tunjuk perasaan di beberapa buah negara akibat kenaikan harga makanan dan petroleum menyebabkan kebimbangan dunia berkenaan dengan krisis ekonomi yang sedang melanda. Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar dunia turut bergelut dengan dengan masalah ini. Kelemahan dolar Amerika menyebabkan krisis ekonomi, mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan kadar faedah. Persidangan G-7 yang diadakan baru-baru ini juga tidak mendapat sebarang penyelesaian terhadap isu dan krisis kewangan serta petroleum sehingga menimbulkan kritikan “seperti sekumpulan dinosour yang sedang berkumpul di tengah-tengah hujan meteorite bagi menanti kepupusan.”

Walaupun begitu, krisis kenaikan harga petroleum dunia belum lagi mencapai tahap yang membimbangkan kerana terdapat beberapa negara yang telah membangunkan sumber bekalan tenaga lain seperti arang batu, nuklear, solar dan lain-lain lagi. Namun demikian,  komitmen kesatuan negara-negara pengeluar petroleum dunia, OPEC dilihat sebagai memberi harapan ke arah kestabilan harga petroleum dunia walaupun berdepan dengan masalah pengeluaran yang statik sedangkan permintaan semakin meningkat.

Walaupun pengeluaran dan harga makanan mulai stabil pada ketika ini, dunia masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana krisis makanan dijangka akan berulang lagi dalam tempoh masa yang terdekat ini. Badan dunia dan negara-negara besar pengeluar makanan dilihat sedang berusaha meningkatkan penghasilan makanan bagi menampung keperluan makanan dan biofuel bagi menstabilkan pengeluaran dan harga. Apa yang diharapkan, bekalan makanan dunia dapat menampung keperluan makanan penduduk dunia bagi menjamin kestabilan ekonomi dan geo-politik serantau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s