Food vs Fuel (bahagian 1)

Makanan atau Minyak?

Food vs fuel (makanan vs minyak) ialah satu dilema global berkenaan dengan risiko perubahan kawasan tanaman bagi penghasilan makanan kepada kawasan tanaman bagi penghasilan biofuel. Debat berkenaan dengan “food vs fuel” atau “food of fuel” sangat kontroversi, dengan pelbagai hujah yang diutarakan bagi menyokong dan membantah penghasilan makanan atau penghasilan biofuel. Perdebatan ini begitu kompleks kerana bahan api dan makanan memainkan peranan yang sangat penting kepada dunia pada hari ini. Namun demikian, bantahan kepada penghasilan biofuel dari bahan makanan telah meningkat akibat daripada krisis makanan sedunia yang berlaku sejak April lepas. Namun begitu, ada yang berpendapat penghasilan biofuel dari bahan makanan bukannya faktor kepada kekurangan bahan makanan kerana terdapat kajian menunjukkan pengeluaran biofuel meningkat dengan baik walaupun luas kawasan bertanam tidak bertambah.

Ethanol dan biofuel

Seperti yang diterangkan sebelum ini, penghasilan dan penggunaan biofuel meningkat dari tahun ke tahun. Komoditi seperti jagung, gandum dan tebu digunakan sebagai bahan untuk menjana biofuel. Pada tahun 2007 sahaja, permintaan jagung bagi penghasilan biofuel telah melonjak kepada 25% berbanding permintaan bagi tujuan makanan yang hanya meningkat sebanyak 4%. Lebih 100 juta tan metrik jagung telah digunakan oleh Amerika Syarikat bagi penjanaan biofuel tahun lalu. Permintaan dunia yang semakin bertambah terhadap biofuel akibat daripada kesan kenaikan harga petroleum dunia sejak 2003 serta wujudnya kesedaran bagi mengurangkan penggunaan bahan api fosil (petroleum, arang batu) untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Polisi Amerika Syarikat yang memberikan subsidi sehingga US$7 billion setahun atau US$1.90 segelen ethanol meningkatkan minat pengeluar makanan (jagung dan gandum) memasarkan bahan tanaman mereka bagi penghasilan ethanol (biofuel). Ini secara tidak langsung meningkatkan harga jagung yang selama ini dijadikan makanan haiwan seperti ayam, lembu dan babi dan seterusnya menyebabkan harga daging turut naik. Sebanyak 18% pengeluaran jagung di Amerika Syarikat dijadikan ethanol yang menyumbang kepada 25% pengeluaran jagung dunia yang dijadikan ethanol.

Peningkatan harga makanan dunia

Inflasi terhadap harga makanan telah meningkat akibat daripada permintaan yang mengejar penawaran. Bermula pada Januari 2005 sehingga Jun 2008, harga jagung naik tiga kali ganda, gandum naik 127% dan beras naik 170%. Bank Dunia di dalam satu kajiannya menyatakan “biofuel menyebabkan stok bijirin menurun, penggunaan tanah pertanian bertukar, aktiviti spekulasi dan pengharaman eksport.” Kajian tersebut juga mendapati harga petroleum yang tinggi dan dolar Amerika yang lemah menyebabkan peningkatan harga sebanyak 25 hingga 30%. “Peningkatan pengeluaran biofuel di Amerika Syarikat dan Eropah merupakan faktor utama kenaikan harga bahan makanan di pasaran dunia.”

Impak kepada negara miskin

Permintaan yang tinggi terhadap bahan api oleh negara maju telah mengejar permintaan bahan makanan oleh negara miskin. Bank Dunia menganggarkan lebih 2.7 billion penduduk dunia berada dalam paras kemiskinan tegar dan melarat dengan pendapatan kurang daripada US$2.00 sehari. Kemarau, banjir dan bencana alam yang lain turut menyebabkan kebuluran dan penyakit di negara-negara miskin ini. Harga makanan yang lebih tinggi di pasaran dunia akan lebih memburukkan keadaan.

Kontroversi dan sensitiviti

Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick menyatakan “While many worry about filling their gas tanks, many others around the world are struggling to fill their stomachs. And it’s getting more and more difficult every day.”

Presiden Venezuela, Hugo Chavez menyatakan kebimbangannya terhadap isu kekurangan makanan dunia, “so much U.S.-produced corn could be used to make biofuel, instead of feeding the world’s poor.” Beliau menuduh Amerika melakukan jenayah kerana meningkatkan penghasilan biofuel ketika dunia berhadapan dengan krisis makanan.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva walaubagaimanapun menyatakan, “biofuels aren’t the villain that threatens food security.” Kenyataan ini disokong oleh Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang menyatakan, “85 percent of the world’s food prices are caused by weather, increased demand and energy prices and only 15 percent has been caused by ethanol“. Kemudian beliau menambah, “the high price of gasoline is going to spur more investment in ethanol as an alternative to gasoline. And the truth of the matter is it’s in our national interests that our farmes grow energy, as opposed to us purchasing energy from parts of the world that are unstable or may not like us.”

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon telah mengarahkan agensi di bawah pertubuhan itu untuk menjalankan satu kajian yang komprehensif berkenaan dengan polisi biofuel bagi mendapatkan jawapan berkenaan dengan ketidakstabilan bekalan makanan dunia. Beliau di dalam satu kenyataan berkata, “We need to be concerned about the possibility of taking land or replacing arable land because of these biofuels“, beliau kemudian menambah “While I am very much conscious and aware of these problems, at the same time you need to constantly look at having creative sources of energy, including biofuels. Therefore, at this time, just criticising biofuel may not be a good solution. I would urge we need to address these issues in a comprehensive manner.”

Satu penilaian ekonomi telah dijalankan oleh OECD dan diterbitkan pada Julai 2008 menyatakan “current biofuel support measures alone are estimated to increase average wheat prices by about 5 percent, maize by around 7 percent and vegetable oil by about 19 percent over the next 10 years.” Walaupun penggunaan biofuel sangat baik untuk alam sekitar, kerajaan dan kuasa besar dunia perlu membuka lebih banyak pasaran bagi penghasilan biofuel dan makanan bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos.

(bersambung di bahagian 2)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s