Krisis makanan dunia – bahan makanan sebagai biofuel

Penggunaan renewable energy seperti biofuel semakin meningkat kerana wujudnya kesedaran berkenaan penjagaan alam sekitar dan isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga petroleum dunia. Di Amerika Syarikat, akta seperti “Biofuels Security Act of 2007″ – yang digubal bagi mematuhi Akta Udara Bersih mengkehendaki sumber gasolin yang dijual di Amerika Syarikat mesti mengandungi bahan renewable fuel seperti mana yang dinyatakan oleh Administrator of the Environmental Protection Agency (EPA). Keperluan biofuel bagi Amerika Syarikat dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 billion gelen pada tahun 2010, 30 billion gelen pada tahun 2020, dan 60 billion gelen pada tahun 2030. Penggunaan biofuel diperluaskan memandangkan sumber petroleum dunia yang semakin terhad dan dijangka bekalan dan simpanan petroleum dunia tidak akan bertahan lama menjelang 5 dekad yang akan datang. Bahan api biofuel yang telah dimajukan dan digunakan secara meluas ialah E-85 iaitu sejenis ethanol yang boleh diurai yang dihasilkan dari bahan tanaman seperti jagung dan gandum.

Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat telah mengetatkan syarat bagi kepada semua pemilik dan syarikat yang menjual gasolin di benua tersebut bagi memastikan mereka membekalkan minyak E-85 (satu campuran 85% ethanol yang dihasilkan dari sumber biofuel) sekurang-kurangnya mengikut peratusan tertentu. Hasilnya, penggunaan biofuel meningkat daripada sebanyak 5% setiap tahun di Amerika Syarikat dan dijangka pada tahun 2017, lebih 50% stesyen minyak di benua tersebut akan menjual biofuel. Pada hari ini, terdapat lebih 1,500 stesyen minyak di Amerika menjual minyak E-85 berbanding hanya 3 di Kanada. Bagi menggalakkan penjualan minyak E-85, pelbagai insentif dan subsidi disediakan kepada syarikat yang menjual biofuel seperti kemudahan kredit dan penghantaran masa hadapan (future stock trading). Penggunaan biofuel lebih mesra alam kerana mampu mengurangkan pembebasan gas merbahaya sehingga 70% berbanding bahan api petroleum. Untuk maklumat mendalam berkenaan dengan minyak E-85, sila rujuk di sini.

Sedikit persoalan:

  • Bagaimana perkara ini mendorong kepada krisis kekurangan makanan?
  • Wajarkah kita menyalahkan penggunaan biofuel yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan dunia?
  • Apakah langkah kita di dalam mengatasi masalah ini?
  • Dunia tidak menentang penggunaan biofuel memandangkan isu alam sekitar dan perubahan iklim akibat pemanasan global sering dikaitkan. Namun begitu, masih banyak lagi negara-negara yang berada di dalam lingkungan negara defisit pendapatan makanan rendah (LIFDC) kerana kekurangan bahan makanan terutama dari benua Asia Pasifik dan Afrika. Populasi yang semakin bertambah meningkatkan permintaan kepada makanan, menjadikan indeks permintaan makanan Asia Pasifik berkembang daripada 86 mata pada 1990, kepada 120 mata pada 2005, melebihi indeks permintaan dunia di dalam dekad sebelum ini.

    biofuel in USA

    Mungkin sehingga pengeluaran tanaman bijirin bagi penggunaan manusia sebagai bahan makanan dan penjanaan tenaga baru seperti biofuel dapat diimbangkan, adakah ada harapan krisis ini tidak lagi memuncak?

    Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s