Meningkatkan pengeluaran beras Selangor

Isu dan persoalan krisis makanan yang melanda dunia sejak kebelakangan ini menjejaskan banyak negara. Permintaan yang meningkat secara mendadak kepada bijirin utama dunia seperti gandum, beras dan jagung menyebabkan berlaku krisis yang tidak dapat dibendung. Kebimbangan global tercetus akibat krisis ini terhadap kenaikan harga bahan makanan dan kekurangan bekalan di seluruh dunia.

Krisis makanan utama kebanyakan penduduk dunia ini berpunca daripada permintaan yang tinggi sedangkan penawarannya kepada penduduk dunia tidak dapat memenuhi kehendak tersebut. Kesan buruk krisis bekalan beras tentunya akan dihadapi oleh kebanyakan negara yang mengimport beras untuk mengisi perut penduduknya termasuklah negara kita. Pengeluaran beras dalam negara menampung hingga 70 peratus keperluan penduduk negara sahaja, dan selebihnya terpaksa diimport.

Dalam suasana krisis seperti sekarang, Thailand dan Vietnam yang diketahui sebagai pengeksport beras terbesar dunia sudah berusaha untuk meningkatkan produktiviti bahan tersebut kerana mereka mengetahui bekalan beras dunia tidak mencukupi. Bagaimanakah situasi yang akan berlaku jika pada satu masa, negara-negara pengimport ini tidak lagi dapat membekalkan lebihan pengeluaran mereka kepada negara lain? Lebihan eksport dunia yang kecil, (tujuh hingga 10 peratus), mengakibatkan sebarang kejutan pasaran akan menyebabkan ketidaktentuan pasaran yang ketara.

Kadar guna sumber tanah, air dan tenaga di negara ini dilihat masih belum mencapai tahap optimum bagi meningkatkan pengeluaran padi. Masalah ini mungkin boleh diatasi jika bekalan padi tempatan dapat ditingkatkan jika kawasan jelapang dapat meningkatkan pengeluaran padi sehingga 10 mt/ha/musim seperti yang diperoleh oleh pesawah di Sekinchan, Selangor. Jika dahulu kos mengimport beras lebih murah, dalam keadaan semasa perkara tersebut tidak lagi relevan. Negara perlu mengeluarkan sendiri produk makanan terutama sekali makanan ruji seperti beras.

Teknologi R&D serta program pengembangan dan latihan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran 10 mt/ha/musim bagi seluruh kawasan Barat Laut Selangor sebelum tahun 2020. Komitmen semua pihak termasuk dari kerajaan dan pesawah sendiri dilihat amat penting. Dalam meningkatkan pengeluaran padi, pesawah perlu lebih berdikari, progresif, dan berorientasikan komersil untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam peningkatan hasil.

Jalinan kerjasama dengan negara-negara maju seperti Jepun, Taiwan dan Korea dapat menggalakkan sektor swasta melabur secara besar-besaran di dalam pengeluaran padi secara komersil dan berskala besar. Dengan kaedah dan teknologi yang boleh dipelajari dan diadaptasikan di negara ini, pengeluaran padi di Selangor disasarkan dapat meningkat dengan kadar pertumbuhan sehingga 10 hingga 20 peratus setahun.

Perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil melihat kepada percubaan Indonesia pada 2000 yang mengimport teknologi India untuk membangunkan sektor tanaman gandum di negara berkenaan. Hasilnya, Indonesia kini menyertai senarai negara pengimport gandum utama dunia selain berjaya mengekang krisis kenaikan harga tepung yang sering berlaku sebelumnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s