Krisis Makanan Dunia

Krisis makanan sedunia yang berlaku pada hari ini telah mengakibatkan kesan buruk yang berada di luar jangkaan. Krisis ini sudah meningkatkan kebimbangan global apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman bijirin seperti gandum, jagung dan beras susut secara mendadak di negara pengeluar utama. Beberapa negara Asia seperti Thailand, Vietnam dan Filipina turut merasainya meskipun kebanyakan mereka adalah negara pengeluar beras utama dunia.

Keadaan menjadi semakin gawat apabila beberapa negara pengeluar ini mengambil tindakan menghentikan eksport makanan bijirin mereka ke negara lain. Peningkatan harga bahan makanan bijirin seperti beras, jagung dan gandum menyebabkan kehidupan golongan miskin terjejas terutama sekali di negara-negara membangun.

Selain itu, beberapa buah negara telah berhadapan dengan siri tunjuk perasaan dan bantahan akibat daripada kekurangan bekalan makanan serta kenaikan harga bahan makanan.

global-food-crisis-april08_image002

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Food and Agriculture Organization (FAO) menyatakan Asia dan negara Pasifik yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 3.7 billion yang majoritinya bergantung kepada sektor pertanian terutama sekali bagi negara yang berada di dalam lingkungan negara defisit pendapatan makanan rendah (LIFDC). Populasi yang semakin bertambah meningkatkan permintaan kepada makanan, menjadikan indeks permintaan makanan Asia Pasifik berkembang daripada 86 mata pada 1990, kepada 120 mata pada 2005, melebihi indeks permintaan dunia di dalam dekad sebelum ini.

Kenaikan harga makanan berlaku kerana penawaran tidak dapat menampung permintaan. Dalam jangka pendek, penawaran dapat memenuhi permintaan tetapi, dalam jangka masa panjang, harga makanan dijangka terus MENINGKAT kerana masalah yang sama; sumber pertanian tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Apa yang nyata, sekuriti makanan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Era harga pertanian dan makanan murah akan tamat kerana perubahan fundamental – terutama dari segi pengeluaran disebabkan kenaikan harga bahan api (petrol dan diesel), persaingan ke atas sumber untuk tujuan makanan dan biofuel, sumber pertanian yang kian terhakis dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan, perubahan iklim dan polisi kerajaan negara membangun yang mengabaikan pertanian kerana mengejar pertumbuhan melalui perindustrian.

Selepas Revolusi Hijau, tiada inovasi baharu yang diperkenalkan. Pertanian hanya tertumpu di negara membangun, tiada pertumbuhan yang menggalakkan dan dasar sesetengah negara-negara membangun yang mengabaikan pertanian dan makanan.

Satu struktur baharu bagi plan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan makanan ini perlu dibuat oleh negara-negara pengeluar utama bagi membendung masalah ini dari terus berlarutan. Pembuat polisi seperti FAO dan IMF perlu menjadi penggerak utama di dalam membantu negara-negara membangun meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan seterusnya meningkatkan penghasilan makanan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s