Penuaian Padi Di Sungai Burong – Pengutipan Benih Padi

Setelah mengatasi situasi ancaman serangan lelompat daun bena perang, Sungai Burong telah memulakan aktiviti menuai 10 hari yang lalu. Tawaran harga padi oleh pihak kilang swasta adalah melebihi RM1100/mt. Petani mengambil tawaran harga ini dengan hati yang lapang.

Malangnya, petani-petani yang juga menjadi peserta Sekim Pengeluaran Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian juga mengambil keputusan menerima tawaran ini. Mereka menjual padi yang ditanam bagi tujuan dijadikan benih dengan harga yang ditawarkan. Pada 28 Mei, 2008, harga padi adalah RM1150/mt. Pada sebelah petang hari tersebut, sebanyak 32 petak benih telah di tuai dan dihantar kekilang beras. Jumlah tapak SPBP adalah lebih daripada 250 lot.

Adalah dilaporkan juga hampir semua petak benih di bawah kelolaan pihak swasta dan Bernas telah dijual kepada kilang beras.

Keadaan ini adalah amat mencemaskan. Sehingga kini, hanya 1158.74 mt benih sah dan 208.54 mt benih berdaftar telah dapat dikutip (termasuk yang dikutip dari Sawah Sempadan).

Sawah Sempadan akan mula menanam pada 1 Julai, 2008 dan akan memerlukan 500 mt benih. Pihak PTIF telah menempah 200 mt daripada Kelantan.

Adalah diharapkan kelulusan daripada peringkat Kementerian Pertanian didapati dengan segera. Secara lisan kelulusan telah diberi. Tawaran harga benih akan diberitahu sebaik sahaja surat kelulusan diterima secara rasmi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s